Siakap Keli

Pakar Bedah Tulang Belakang Saran Anda Guna Krim Ini Jika Sakit Lutut Atau Ada Masalah Sendi & Otot

Korang perasan tak, sekarang ni lebih senang nak tengok rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang aktif. Kalau lalu di kawasan-kawasan tasik, setiap petang pasti ada yang keluar beriadah, tak kiralah bersantai dengan keluarga, berjogging ataupun berbasikal.

Nampaknya, sekarang lebih ramai yang mula sedar bahawa aktiviti fizikal adalah sesuatu yang bermanfaat untuk badan kan? Yang muda ataupun yang sudah berusia, masing-masing dah ada kesedaran untuk nak menjaga kesihatan diri.

via GIPHY

Tapi, aktiviti fizikal ni bukan sahaja memerlukan tenaga yang banyak, malah turut melibatkan penggunaan otot dan sendi-sendi badan. Salah satunya, sudah tentulah bahagian lutut. Makin banyak aktiviti fizikal yang korang buat, makin keraplah anggota badan rasa sengal-sengal. lenguh-lenguh dan sakit-sakit, tak terkecuali bahagian lutut.

Korang tahu tak macam mana nak atasi sakit lutut? Lutut ni bila dah sakit, memang satu masalah yang besar. Yalah, ada risiko sakitnya sampai langsung tak boleh nak berjalan, apatah lagi nak keluar berjogging atau berbasikal. Yang pernah kena, tahulah betapa siksanya sakit lutut ni.

via GIPHY

Apa kata, korang try amal beberapa tips yang kami nak kongsikan ni, mana tahu, mujarab atasi masalah lutut ‘longgar’ korang tu.

Jaga berat badan

Masalah sakit lutut ni ada kaitan dengan masalah berat badan korang juga sebenarnya. Kalau korang nak tahu, salah satu fungsi lutut ni juga adalah nak menyokong bahagian atas badan.

So, secara logiknya, semakin tinggi berat badan korang, bermakna semakin besar jugaklah beban yang terpaksa ditampung kaki dan lutut korang.

Tak hairanlah, bila banyak aktiviti fizikal yang korang buat, sakit lutut slow-slow datang hingga satu ketika, korang hanya mampu terduduk sahaja, menanti penderitaan beransur-ansur pergi.

Apa yang korang boleh buat adalah melakukan senaman secara berkala dan cuba cari senaman yang sesuai dengan fizikal badan. Apabila berat semakin berkurang, korang mungkin boleh menukar regim senaman yang lebih ekstrem.

Cuba amalkan teknik RICE

RICE ni bukan beras tau. Jangan pulak korang beli beras banyak-banyak, masak dan makan. Nanti berat bertambah pulak, lagi sakit lutut korang..Hehehe

RICE yang kami maksudkan ini adalah:

Rest: Bila lutut korang mula terasa sakit, benda paling utama korang kena buat adalah biarkan lutut korang rehat buat sementara waktu dan minimakan pergerakkan fizikal.

Ice: Salah satu cara nak menghilangkan rasa sakit pada lutut adalah dengan meletakkan ais pada bahagian tersebut.

Compression: Korang juga disarankan untuk membalut bahagian lutut yang sakit dengan kain, supaya tekanan dapat dikurangkan.

Elevation: Lagi satu, korang juga disarankan untuk meninggikan bahagian kaki dimana lutut korang sakit. Cara ini dapat mengurangkan aliran darah pada lutut, sekaligus bengkak pada bahagian lutut boleh surut dengan lebih cepat.

Jangan malu pakai tongkat

Tips seterusnya yang mungkin korang boleh buat adalah menggunakan tongkat sebagai sokongan kepada kaki ketika berjalan.

Lebih-lebih lagi jika saiz badan korang lebih berisi, seeloknya tongkat digunakan supaya beban pada lutut tidak terlalu menggunung.

Tapi tips yang paling baik dan sesuai korang gunakan adalah tips yang keempat ni.

Rawat dengan Atroflex gel sebelum sakit makin melarat

Memang tak menyesal selepas korang guna Atroflex gel ni. Tapi sebelum itu, untuk pengetahuan korang semua, Atroflex gel ini sudahpun mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan.

Atroflex ini memang sesuai untuk kegunaan semua. Lebih-lebih lagi untuk mak ayah korang yang dah berumur, yang ada masalah lutut dan sendi-sendi. Wajib simpan satu dirumah. Nak beribadah pun jadi lebih senang.

Bukan setakat orang tua je, produk keluaran Farmasia Sdn. Bhd. ini juga sesuai untuk korang banyak melakukan aktiviti fizikal dan kerap mengalami sakit lutut. Yang bestnya, bukan setakat lutut je sesuai, untuk sakit-sakit sendi yang lain juga boleh digunakan. Contohnya pada bahagian bahu, belakang badan, kaki atau mana-mana bahagian sendi atau otot yang terasa sakit.

Produk gel sapuan bahagian luar badan ini pun sebenarnya sangat mudah untuk digunakan. Ini kami kongsikan cara penggunaannya.

  1. Picit 1 atau 2 inci gel Atroflex pada jari telunjuk anda.
  2. Sapu pada bahagian yang sakit dan urut secara lembut sehingga gel meresap masuk.
  3. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari, ataupun ikut kesesuaian rasa sakit yang korang alami.
  4. Selain itu, gel ini juga sesuai untuk disapu sebelum atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

Paling menarik, penggunaan gel ini juga disaran oleh seorang pengamal perubatan terkenal iaitu Dr Sallehuddin Abdullah, pakar bedah tulang belakang yang bertauliah dari Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Bahkan, beliau turut berkongsi mengenai produk ini dilaman facebooknya.

”Boleh digunakan untuk merawat semua penyakit sendi… InshaAllah,’’ kata beliau.

‘Ramuannya’ pun bukan calang-calang, Atroflex dihasilkan daripada 94 peratus natural active ingredient iaitu minyak zaitun asli yang diozonkan dan minyak jojoba serta patented technology. Minyak zaitun yang diozonkan ini melegakan rasa sakit pada sendi dan otot akibat aktiviti fizikal, sekaligus membolehkan korang kembali bergerak aktif.

Manakala minyak jojoba pula bertindak sebagai ‘pengangkut’ yang memastikan ia mudah meresap masuk ke bahagian sendi dan otot yang sakit.

Selain mendapat kelulusan dari KKM, Atroflex juga turut mendapat sijil pengesahan daripada Institut Sukan Negara. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab memantau perkembangan dan pembangunan atlet Malaysia dari sudut saintifik, termasuklah dalam aspek rawatan dan pemulihan kecederaan seperti kecederaan lutut, sijil pengesahan yang dikeluarkan oleh ISN ini memang satu petanda yang baik untuk pengguna.

Tak cukup dengan itu, dah ramai sebenarnya yang menggunakan produk ini dan mengakui keberkesanan Atroflex membantu memulihkan masalah lutut yang dihadapi.

Perasaan lega seorang pengguna yang dapat kembali beribadah dengan selesa. Boleh solat seperti biasa dan tak perlu lagi bertongkat.

“Tak sampai seminit terus hilang…’’. Abang Zamri ni ada masalah bahu yang agak serius. Dah macam-macam ubat lain dia cuba, namun tak betul-betul serasi.

‘’Nak beli untuk mak saya, dia sakit lutut’’. Selepas sakit bahunya hilang dalam masa tak sampai seminit, kini Abang Zambri Beliau dah guna dan sakit-sakit lututnya dah hilang. Jadi, nak beli satu untuk ibunya pula.

Tapi, lepas menggunakan Atroflex gel, sekali sapu dah mula rasa perbezaannya. Malah, sakit bahunya hilang selepas 2-3 kali penggunaan Atroflex.

Dari perkongsian-perkongsian diatas, memang tak dapat dinafikan lagi Atroflex gel adalah jawapan kepada sakit lutut, sakit bahu, sakit belakang, arthritis, sakit-sakit sendi dan otot yang korang alami selama ini.

Mana nak dapat Atroflex gel ni?

Korang boleh singgah di mana-mana farmasi ataupun beli je di Shopee. Harga bagi 50ml adalah RM 39.90 manakala untuk 100ml pula adalah RM 59.90.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook Farmasia dan laman web Farmasia Sdn. Bhd.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.