Siakap Keli

Selepas Lebih 11 Tahun, Manga ‘Attack On Titan’ Tiba Ke Penghujungnya

Hari ini menjadi detik paling ‘suram’ buat peminat Attack on Titan (Shingeki no Kyojin) apabila siri manga itu sudah sampai ke penghujungnya.

Syarikat penerbitan Kodansha dilaporkan telah menerbitkan bab terakhir yang mengakhiri perjalanan watak utama, Eren Yeager  setelah lebih dari 11 tahun, lapor GMA News.

Manga Attack on Titan yang ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama itu mula diterbitkan dari September 2009 hingga April 2021.

Turut dijadikan sebagai siri animasi, bahagian terakhir untuk siri itu akan ditayangkan pada musim sejuk 2022 nanti.

Susulan berakhirnya manga popular ini, Attack on Titan dan #ThankYouHajimeIsayama telah trending di Twitter sejak beberapa hari yang lalu.

Para peminat meluahkan kesedihan selepas 11 tahun mengikuti perkembangan siri tersebut. Mereka juga berterima kasih kepada Isayama kerana telah mencipta satu kisah yang sangat epik.

Selamat jalan Eren, Mikasa, Armin dan seluruh skuad ‘penyelamat dunia’. Shinzou Wo Sasageyo!

Sumber: GMA News

Sofea

There's always another side to every story