Siakap Keli

‘Simpan’ Sejak 1990an, Wanita Miliki Kuku Terpanjang Di Dunia Akhirnya Tekad Potong Kuku Lepas 28 Tahun

Seorang wanita di Houston, Texas pernah melakar nama dalam Rekod Dunia Guinness apabila menjadi wanita memiliki kuku terpanjang di dunia pada 2017 lalu.

Bukan singkat masa yang diambil. Wanita tersebut, Ayanna Williams dikatakan telah menyimpan kuku tangannya tanpa dipotong secebis pun sejak 28 tahun yang lalu.

Sepanjang hampir 30 tahun itulah, Ayanna berjaya ‘membela’ kukunya dengan rapi hingga anggota itu ‘membesar’ dengan sihat dengan ukuran lima meter panjang.

Bagi menjaga kecantikannya, Ayanna memerlukan lebih dua botol cat perwarna kuku untuk mewarnakannya yang mengambil masa kira-kira hingga 20 jam lamanya.

Tahun demi tahun, kini sudah sampai masanya, kuku yang disimpan sejak awal 1990an itu akhirnya ‘tumbang’ dipotong Ayanna sendiri. Kali terakhir ia diukur adalah sekitar 7.3 meter.

Gambar: Kompas

Difahamkan, Ayanna tidak melakukannya sendirian, sebaliknya dia membawa ‘kesayangannya’ itu ke Trinity Vista Dermatology untuk dipotong menggunakan kaedah ‘rotary tool electric’.

Jujur, walaupun sedih melihat kukunya dipotong, Ayanna sudah tekad bahawa inilah antara keputusan paling besar dan menyentuh emosi yang pernah dibuatnya.

“Saya sudah menumbuhkan kuku ini selama beberapa dekad. Saya sangat bersedia untuk kehidupan yang baharu. Saya tahu saya bakal merindui kuku-kuku ini, tetapi ini cuma masalah waktu,” katanya.

Sumber: Kompas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.