Siakap Keli

(Video) Kenali Pasukan Sarawak Rangers Yang Catat Sifar Kematian Dari 1948-1951 Ketika Berperang Dengan Komunis

Tahukah anda, Sarawak Rangers pernah dijuluki sebagai Pasukan Terbaik di Dunia?

Gelaran ini diberikan oleh Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya British di Tanah Melayu. Pasukan ini juga digelar The Sarawak Headhunter atau”Pemburu Kepala” oleh pasukan tentera yang berkhidmat pada zaman darurat di Tanah Melayu.

Hal ini kerana, Presiden Sukarno pernah berkata, saat tentera Iban datang semua tenteranya tewas dan ramai yang bercerai kepala dari badan.

Sarawak Rangers mencatatkan angka kematian sifar sehingga tahun ke 89 perkhidmatan mereka. Kematian pertama ahli pasukan Sarawak Rangers dicatakan pada 12 Mac 1951 iaitu mendiang Jaweng anak Jugah.

Kematian penjejak Iban ini diakibatkan ahli pasukannya yang tidak sengaja tertembak Jaweng semasa menyerang hendap pengganas komunis. Kehebatan pasukan Sarawak Rangers ini turut dikongsi oleh seorang guru Sejarah di akaun TikToknya, sirsyahmi92 dan mendapat 68.9 ribu tontonan.

Menurut Sir Syahmi, pasukan Sarawak Rangers sepanjang menentang pengganas Komunis, tiada seorang pun yang terkorban dalam peperangan tempoh yang panjang itu.

Sarawak Rangers ditubuhkan oleh Charles Brooke yang kemudiannya dibawa ke Tanah Melayu untuk menentang Parti Komunis Malaya (PKM)

@sirsyahmi92

#tiktokguru #learnontiktok #sejarah #history #terimakasihcikgu #education #cikgu #fyp

♬ original sound – Syahmi Azizi – Syahmi Azizi

Patut diangkat sebagai filem

Di ruangan komen, netizen berbangga dengan keberanian para pahlawan Sarawak ini sehingga ada yang menyarankan supaya kisah Sarawak Rangers diangkat sebagai filem.

Warga net juga turut menambah beberapa fakta tentang Sarawak Rangers yang tidak disebutkan dan mungkin ramai daripada kita tidak tahu.

Walaupun negara kita telah lama merdeka, namun pengorbanan para pejuang kemerdekaan ini patut kita ingati.

SUMBER: TikTok Syahmi Azizi

Eyla Azri