Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) Macam Budak Kecil Tapi Terlalu Laju, Rakaman Seram Kelibat Putih Melintas Sebelum Hilang Tanpa Jejak

Seorang pegawai polis terkejut apabila terlihat kelibat seakan kanak-kanak perempuan berlari di sebuah jalan di Ohio di mana rakaman kamera loceng pintu merakam kelibat serupa pada malam yang sama, lapor Daily Star.

Dalam klip tersebut, kelihatan kelibat hitam merentasi laluan pejalan kaki dengan agak laju, namun sukar dilihat akibat malam yang kelam.

Tambah portal itu, pihak polis telah tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan oleh seorang penduduk sekitar 10.40 malam yang mendakwa terlihat seorang kanak-kanak dianggarkan berumur sekitar 7 tahun sedang bermain bersendirian di kawasan itu.

Bagaimanapun, pihak polis mendakwa objek tersebut berlari terlalu laju bagi seorang kanak-kanak dan hilang tanpa jejak ketika dia cuba mengekorinya.

“Saya terkejut dengan apa saya lihat. Dia kelihatan seperti budak kecil, namun berlari terlalu laju bagi seorang anak kecil,” kata polis berkenaan.

Kejadian itu turut mendapat reaksi laman organisasi paranormal, Mentor Ohio Paranormal Research Society di laman Facebook.

“Ramai meminta pendapat kami berhubung video yang dimuatnaik, dipercayai penampakan di bandar kita yang dirakam kamera loceng pintu.

“Berdasarkan pengalaman, kami percaya ini adalah individu yang betul sedang berlari, dan kamera hilang fokus. Anda juga perlu mempertimbangkan kesan cahaya dan bayang yang berlaku.

“Kami tidak mengatakan ia bukan penampakan.. Ini hanya pendapat. Kami perlu kaji rakaman sebenar sendiri,” katanya.

Sumber: Daily Star

Amira

Love yourself.