Siakap Keli
Gambar: Tiktok

(Video) Wanita Ini Ingatkan Orang Ramai Berhati-Hati Guna ‘Safety Chains’, Individu Dari Luar Boleh Buka Dengan Mudah

Pelbagai jenis kunci keselamatan telah diciptakan bertujuan untuk memastikan sesuatu tempat mahupun kediaman tidak dicerobohi. Kunci yang diletakkan di laluan masuk iaitu pintu akan menggagalkan niat penceroboh untuk memasuki satu kawasan.

Boleh dikatakan, bagi setiap pintu mungkin terdapat lebih daripada satu jenis kunci supaya aspek keselamatan dapat digandakan.

Antaranya ialah rantai keselamatan yang diletakkan di pintu dan membolehkan pengguna membuka pintu dengan ruang yang terhad. Pelbagai juga faedah rantai keselamatan ini diciptakan, namun harus diingat penjenayah juga mempunyai pelbagai muslihat untuk melakukan jenayah.

Seorang pengguna Tiktok ada memberikan peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu berharap dengan rantai keselamatan tersebut. Perkara ini kerana individu dari luar boleh membukanya dengan cara yang mudah.

@kt..89

these robbers be getting smart #safetytips #dontusethisanymore #teachersoftiktok #besafebehappy #bringtheaction #fyp #staysafe

♬ Pink Panther Intro – Henry Mancini

Seperti yang dikongsikan dalam video tersebut, individu dari luar boleh membuka ‘safety chains’ dengan mudah hanya menggunakan cable USB.

Ekoran daripada itu, adalah dinasihatkan supaya pengguna sering menggunakan kunci tambahan supaya perkara sebegini tidak berlaku.

Sumber: Tiktok

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa