Gunung berapi La Soufriere di bahagian selatan Pulau Caribbean di St. Vinent dilapor meletus, tak lama selepas kerajaan mengarahkan orang ramai mengosongkan kediaman dan berpindah dari kawasan tersebut.
Pakar mengatakan bahawa mamar gunung berapi itu naik melebihi 20,000 kaki dan sebahagian besarnya menuju ke timur laut (Lautan Atlantik).
Walau bagaimanapun, kepulan asap yang teruk dilaporkan menutupi sekitar gunung berapi dan sekitarnya. Pihak berkuasa mengatakan bahawa beberapa pemindahan dibataskan disebabkan kabus yang tebal.
Beberapa penerbangan juga dibatalkan. Pihak berkuasa melaporkan letusan kedua yang lebih kecil berlaku.
“Letusan boleh berlaku lagi,” kata Erouscilla Joseph, pengarah Pusat Seismik Universiti Hindia Barat, sambil menambah agak mustahil untuk meramalkan sama ada ia letusan kecil atau bear daripada letusan pertama atau kedua.
sumber: CBS News