Siakap Keli
Gambar: MET Malaysia

Gempa Bumi Bermagnitud 5.9 Gegar Pulau Jawa, Indonesia Sebentar Tadi

Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud  5.9 pada skala Ritcher dikesan di Jawa, Indonesia pada pukul 3 petang tadi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.8 darjah selatan dan 112.5 darjah timur dengan kedalaman 91 kilometer, serta sejauh 80 kilometer selatan dari wilayah Blitar.

Informasi ini dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi menerusi satu ciapan di laman Twitter pada pukul 3.23 petang hari ini.

Bagaimanapun difahamkan tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Sumber: MET Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'