Siakap Keli

Lelaki Hadapi Detik Cemas, Terpaksa Berdepan Perompak Cuba Curi Anjingnya

England- Detik menakutkan bagi pemilik anjing apabila terpaksa melawan tiga perompak yang “menceroboh masuk ke rumahnya untuk mencuri anjing peliharaanya.”

Ryan Hesford , 33, berada di rumah bersendirian bersama tiga ekor anjingnya pada rabu lalu. Dia mendengar locengnya ditekan tanpa henti dan pintu rumahnya diketuk tepat sebelum jam 9 malam.

Ryan cuba bercakap dengan mereka dari dalam rumah menerusi doorbell. Yang berfungsi merakam video dan membolehkan anda bercakap dengan orang diluar tanpa membuka pintu.

Tetapi Ryan tidak dapat sebarang maklum balas dari orang luar. Dia berlalu ke pintu untuk melihat siapa yang datang.

Rakaman menunjukkan ketiga-tiga perompak itu, dua daripadanya memakai topeng dan berusaha menarik Ryan keluar dari rumahnya di Doncaster, South Yorkshire.

Ketika pergelutan berlaku, salah seorang perompak itu berjaya masuk ke dalam rumah Ryan. Dia dilihat cuba mencari anjing milik Ryan yang menyalak.

Tetapi percariannya terbantut apabila jiran Ryan membantu Ryan ketika dia bergelut dengan dua perompak lain di depan pintu rumahnya. Ketiga-tiga perompak itu kemudian melarikan diri.

“Ia sangat tertekan – semuanya kerana peristiwa yang berlaku jam 9 malam pada hari rabu itu.

“Kejadian berlaku dalam 16 saat ketika saya membuka pintu. Tetapi saya beruntung kerana perompak yang memasuki rumah saya tidak membuka bilik anjing saya. Anjing-anjing saya selamat, kata Ryan.

sumber: The Sun

 

Atiqah Aliah