Siakap Keli

Greece Gempar, Seorang Wartawan Veteran Ditemui Mati Ditembak

GREECE- Perdana Menteri Greek Kyriakos Mitsotakis telah memerintahkan siasatan segera setelah seorang wartawan jenayah ditembak mati jumaat lepas.

Giorgos Karaivaz ditembak sekurang-kurangnya enam kali dengan senjata senyap oleh dua lelaki di luar kediamannya di Athens.

Kematiannya “mengejutkan semua,” kata seorang jurucakap kerajaan.

Organisasi kebebasan media berkata  siasatan perlu dilaksanakan untuk menentukan sama ada Giorgos dibunuh kerana penulisannya yang berkaitan jenayah terancang dan rasuah.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mendesak keadilan atas pembunuhan “keji, pengecut” itu.

Speaker Parlimen Eropah Davis Sassoli meluahkan dukanya di Twitter bahawa dia “hancur” kerana berita kematian wartawan veteran tersebut.

Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku di Persatuan Eropah. Dilaporkan pembunuhan seorang wartawan Jan Kuciak di Slovakia tiga tahun lalu.

sumber: BBC News

Atiqah Aliah