United Kingdom- Seorang penduduk di kampung Rottingdean di Sussex Timur sedang keluar berbasikal ketika melihat kawanan biri-biri itu “berkumpul”.
” Saya menjalani rutin harian saya untuk datang ke atas bukit ini, dan ketika itulah saya melihat bulatan yang menakjubkan ini,” kata lelaki berusia 47 tahun itu.
“Ketika itu saya berada sekitar setengah batu dari bukit itu. Dan membuatkan saya tertanya apabila melihat sesuatu yang besar di sana. ia berbentuk piring seperti kapal alien.
“Ia kelihatan cantik tetapi pelik. Saya mendekati ia dengan berbasikal dan barulah sedari bulatan itu terbentuk dari kawanan biri-biri.”
Christopher merupakan seorang pensyarah di Royal Holloway Universiti sering memalui kawasan itu. Tetapi itu kali pertama dia melihat kawanan biri-biri itu berkelakuan sedemikian.
“Biri-biri selalunya bising. Saya melelui kawasan ini setiap hari, tetapi hari ini mereka menjadi “pendiam” dan tenang.
“Ia sangat sunyi seperti mereka berkhayal. Ia sangat menakutkan,” katanya lagi.
Victoria, isteri Christopher dan anaknya (Louis) menganggap gambar-gambar itu “gila”.
Dia kemudian berkongsi gambar itu di Facebook, pengguna lain yang melihat gambar itu berusaha untuk “menyelidiki” kelakukan kawanan biri-biri itu.
sumber: The Sun