Siakap Keli

Kebakaran Hutan Makin Melarat, Asap Tebal Dilapor ‘Menutupi’ Kawasan Gunung Kathmandu, Nepal

NEPAL- Kebakaran hutan “menghantui” Nepal selama bertahun-tahun kata seorang wakil pejabat. Kepulan asap menutupi gunung dan menyebar ke ibu kota Kathmandu.

Dilaporkan lima orang mati bagi memadamkan kebarakan sejak Januari, kata Pegawai Kanan Lembaga Pengurangan dan Pengerusan Risiko Bencana Nasional, Sundar Sharma jumaat lepas.

Kebakaran dilaporkan “menyerang” sekurang-kurangnya 60 tempat di 22 dari 77 daerah pentadbiran Nepal. Ia menyebabkan pencemaran yang semakin meningkat di seluruh negara yang terletak diantara India dan wilayah Tibet China itu.

Kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan kata Sundar. Peristiwa ini merupakan kebakaran yang paling teruk berlaku sejak tahun 2012 selepas kerajaan mulai mengumpul data.

“Kebakaran hutan adalah punca utama pencemaran udara di Kathmandu dan beberapa tempat.

“Kebakaran dapat mencapai kemuncaknya akhir bulan ini jika musim kering berlanjutan,” katanya lagi.

Kerajaan Nepal mengarahkan sekolah ditutup selama empat hari pada bulan Mac selepas pencemaran udara meningkat ketahap berbahaya dan mengarahkan para pelajar untuk kekal dirumah.

Isu kebakaran di Nepal dilaporkan sering berlaku pada Januari-Mei. Ia berpunca kerana para penduduk membakar daun kering di hutan bagi mendorong pertumbuhan rumput buat ternakan mereka.

Sundar mengatakan jumlah kebakaran bagi tahun ini adalah 15 kali ganda dari tahun sebelumnya.

sumber: AlJazeera

Atiqah Aliah