Siakap Keli

Tak Tahu Apa Silapnya, Kapal Terbang Ini Tersalah Mendarat Di Lapangan Terbang Belum Siap

ETHIOPIA- Kapal terbang Ethiopia Airlines dilaporkan mendarat di lapangan terbang yang masih dalam pembinaan di Zambia, kata syarikat penerbangan itu dalam satu pernyataan.

Jadual penerbangan itu sepatutnya berlepas dari Addis Ababa dan tiba di Ndola, Simon Mwansa Kapwepwe Airport.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan ‘ditukar’ ke Lapangan Terbang Antarabangsa Copperbelt di Zambia yang masih dalam pembinaan.

Ethiopia Airlines ET 3891  melakukan pendaratan selamat di lapangan terbang baru.

Setiausaha tetap Kementerian Pengangkutan, Misheck Lungu memberitahu bahawa juruterbang telah mendarat di lapangan terbang yang belum dibuka adalah “secara tidak sengaja”.

Pihak radar tidak dapat melihat kapal terbang ET 3891 itu kata Lungu.

Jututerbang itu menggunakan pandangannya untuk mencari tempat selamat untuk mendarat dan membuat pendaratan di lapangan terbang yang masih dalam proses pembinaan itu.

“Walaupun siasatan berkaitan kejadian bersama Pihak Berkuasa Zambian Aeronautik, tetapi tidak menemui NOTAM (notis kepada airmen) yang dikeluarkan.

Ethiopia Airlines memandang serius keselamatan penerbangan dan menganggapnya sebagai keutamaan.

Kami akan mengambil semua langkah pembetulan dan pencegahan yang diperlukan sesuai dengan siasatan yang dijalankan,” kata Ethiopia Airlines lagi.

Pembinaan lapangan terbang baru itu dijangka siap Oktober 2020 tetapi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah