Siakap Keli

40GB Data Percuma Untuk Golongan B40, Dapatkan Sekarang




Bila dah bekerja dan belajar dari rumah, sudah pasti memerlukan sambungan internet yang laju dan kuota yang mencukupi kan? Korang tahu tak YES nak bagi 40GB data percuma untuk semua pelanggan kategori B40 dalam kempen YES Kasi Up B40. Caranya mudah sahaja:

  1. Isi butiran lengkap di laman sesawang di SINI
  2. Kad sim YES akan dihantar percuma ke alamat yang didaftarkan
  3. Selepas menerima kad sim, aktifkan melalui aplikasi YES yang boleh dimuat turun dari App Store atau Play Store
  4. Selepas diaktifkan, korang terus menerima 40GB data percuma dan tempoh sah sehingga 60 hari

Dalam situasi pandemik Covid-19, seluruh dunia termasuk Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. Bukan sahaja ekonomi negara, malah ekonomi rakyat secara individu juga turut terjejas. Ramai di antara kita yang dipotong gaji, diberhentikan kerja, hilang punca pendapatan dan terpaksa menutup perniagaan akibat sudah tidak mampu menampung kos dan sebagainya.

Ramai juga yang ambil inisiatif untuk menjadi pemandu e-hailing dan penghantar makanan untuk menampung kehidupan. Selain itu, murid-murid sekolah dan pelajar universiti  diarahkan untuk belajar dari rumah sehingga kes Covid-19 ini reda. Tak kurang juga, pekerja-pekerja termasuk penjawat awam diarahkan untuk bekerja dari rumah. Peniaga-peniaga online juga tumbuh bagaikan cendawan ketika pandemik ini tersebar.

Kempen YES Kasi Up B40 ini bagi meringankan beban murid-murid, pelajar-pelajar universiti, peniaga-peniaga online dan semua golongan B40 yang sangat memerlukan capaian internet pantas dengan kuota yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan harian mereka.YES antara syarikat yang banyak membantu terutama sekali dengan inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL dengan kerjasama YES bagi memastikan semua murid-murid sekolah di Malaysia dapat terus belajar, walaupun semasa perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19.

Jadi tunggu apa lagi, maklumat lanjut layari WWW.YES.MY/KASIUPB40 atau download aplikasi MyYes di Google Playstore atau Apple Appstore, dapatkan kad sim YES dan terima 40GB data percuma untuk semua golongan B40. Semoga urusan ‘online’ anda ketika pandemik ini lebih lancar dengan YES.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)