Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

“Hanya Baca 20 Muka Surat Sehari,” Tips Mudah Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Bersempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ramai pastinya sudah menamam azam untuk mengejar pahala sebanyak mungkin demi ganjaran yang dijanjikan oleh Allah. Antaranya dengan meningkatkan amal ibadah termasuklah membaca Al-Quran.

Bagi mereka yang berniat untuk khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali pada Ramadan ini, ikuti tips mudah yang dikongsikan oleh saudara Saifullah Nawi dengan membaca 20 halaman muka surat sehari.

Bahagikan setiapnya iaitu empat halaman setiap kali selepas sahur, solat zohor dan asar serta 8 halaman selepas solat terawih.

Tahun ni saya target nak khatam lagi sekali Kitab Suci Al-Quran dalam Ramadhan..

Menjadi seorang yang bukan dalam kalangan orang hafiz ni agak susah untuk khatam berkali-kali dalam bulan Ramadhan. Apa tidaknya, tersekat-sekat itu biasa. Bini selalu cakap “kena baca sokmo la baru tak gagap”..

Aku perasan jari aku asyik scroll fb,ig… balas mesej pelanggan, update page sentiasa… macam mana nak khatam kalau asyik lagu ni. Tahun ni sudah terpanggil dengan tengok story kawan bini iaitu Aina Aziz kat ig.. hari-hari duk baca quran.. duk kejar nak khatam.. tetiba rasa malu sebagai pemimpin keluarga tak boleh khatam quran in Ramadhan.

So memang aku pulun kaw-kaw dan penamatnya Alhamdulillah bahagia di hari raya dengan khatam walaupun hanya sempat sekali sahaja dalam bulan Ramadan. (Semoga ada ganjaran pahala utk aina). Bini pula support kaw-kaw… time duk bertadarus mesti dia tak bagi Sara Saifullah kacau..hehe. Tq Mardhiah Kamaruddin, lap u.

Seronoknya baca quran bila semakin baca semakin kita gembira dan semakin hari semakin lancar.

Tahun ni just nak share tips mudah nak khatam.. kot-kot boleh guna. Atau kalau ada tips lain boleh komen juga. InsyaAllah semua dapat manfaat. Ini aku punya cara..

Kiraannya begini:

Al-Quran ada 604 muka surat.

Untuk khatam 1 kali:

Cuma perlu baca 20 muka surat sehari.

Selepas sahur = 4 muka surat

Zohor = 4 muka surat

Asar = 4 muka surat

Lepas terawih = 8 muka surat

If nak khatam 2 kali… gandakan bacaan dengan darab dua. Ya Allah semoga Ramadan tahun ni merupakan ramadan yang terbaik untuk kami semua, berikanlah kami rezeki yang cukup, akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat. Sesungguhnya Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah. Amin.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Sumber: FB Saifullah Nawi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.