Siakap Keli
Gambar: Awien Ariff

Mudah Nak Masak Semasa Bulan Puasa, Buat 5 Pes Ini Dan Boleh Hasilkan Banyak Hidangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Esok, 13 April dijangka menjadi hari pertama Ramadhan tahun ini. Seperti biasa, sebahagian golongan ibu-ibu akan mula memikirkan menu untuk dimasak sepanjang bulan buat keluarga.

Bukan apa, dengan adanya persiapan awal, bolehlah fokuskan kepada amal ibadah serta mengurangkan kesibukan menjelang waktu sahur dan berbuka.

Salah satu cara ampuh menjimatkan masa adalah dengan menyediakan pes masakan. Hanya perlu tumis dan tambah bahan mentah serta sedikit bahan tambahan, sudah siap menu untuk hidangan.

Jom kami kongsikan resipi membuat 5 jenis pes yang anda boleh gunakan untuk masak pelbagai jenis resipi. Campur-campur sahaja pesnya, terhasillah pelbagai menu yang berbeza.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Awien Ariff di laman Facebooknya seperti berikut,

1. Pes cili kering

Kredit: Awien Ariff

Cara-caranya

– Rebus Cili Kering dulu.
– Blend Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih
– Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, Bawang Besar 4biji, Bawang Putih (10biji)

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

– Bihun Goreng
– Mee Goreng
– Kuew Teow Goreng
– Maggie Goreng
– Nasi Goreng
– Asam Pedas
– Segala jenis masakan bersambal (sotong, udang, ayam, ikan etc)

2. Pes ikan bakar

Cara-cara

– Blend Serai, Halia, Lengkuas, Kunyit Hidup, Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Kering
– Ok yang ini korang agak2 je lah ya. Serai tu lebih sikit. Balance kan semua bahan².
Dah siap, tolong masak dulu ya. Masukkan garam + gula melaka. Sejukkan baru masuk peti ais.

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

1. Ikan Bakar
2. Rendang (Ayam, Daging, Kerang etc)
3. Masak hitam
4. Kerutuk
5. Kuzi
6. Ayam Masak Merah

3. Pes masak lemak

Cara-cara

– Bawang Besar, Bawang putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Akar warna hijau (ikut pantang mak kita tak bagi pakai cili merah tu, katanya nanti warna dia tak cantik.. Tapi cili hijau sikit sangat malas nak pegi kedai.. kita campur cili merah sikit)
– Bawang Besar 3biji
– Bawang Putih 8biji
– Halia seketul
– Kunyit Hidup sebiji
– Cili Hijau (Ikut nak pedas mana)

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

1. Segala jenis masak lemak (ayam, daging etc)

4. Pes cili api

Cara-cara

(kite guna cili akar je, rumah ni tak makan pedas)
– Cili, Bawang Merah (yang kecil), Bawang putih
– Cili 20biji
– Bawang merah 10biji
– Bawang putih 5biji

(Ini kategori pes serbaguna)

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

1. Nasi Goreng
2. Bihun Goreng
3. Mee Goreng
4. Maggie Goreng
4. Sambal ayam hijau
5. Ikan sambal cili api
6. Segala jenis tumis boleh guna pes ni ,(tumis sayur etc)

5. Pes Kari Ayam

Cara-cara

– Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Kunyit hidup, Cili, Serbuk Kari
– Bawang merah 20biji
– Bawang Putih 10biji
– Cili merah 5biji
– Halia 3inci (lebih kurang seketul)
– kunyit hidup 2inci (lebih kurang seketul)
– Serbuk kari ayam (3peket kecil)

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

1. Of course kari ayam.. hehe..
2. Kari daging
3. Kari telur
4. Ikan Bakar Portugis

1. Pes Cili Kering
2. Santan Kotak je. Kalau nak buat santan perah sendiri lagi bagus, letak kat dalam plastik bungkus masuk freeezer.
3. Pes Ikan Bakar
4. Pes Masak Lemak
5. Pes Cili Hijau + Merah. Saya guna cili akar.
6. Pes Kari ayam.

Dah siap resipi membuat pes, jom tengok contoh resipi yang boleh anda buat menggunakan pes tersebut.

Ikan kembung masak asam pedas (Pes 1 + Pes 4)

Cara-cara

1. Tumis pes 1 (4 sudu) + pes 4 (2 sudu) sampai naik bau.
2. Masukkan belacan JIKA SUKA.
3. Masukkan Tomato, Air Asam Jawa, Sedikit Air.
4. Dah menggelegak, masukkan ikan kembung & bendi.
5. Masukkan garam, perasa & daun kesum.
6. Masak seketika & siap!!

Masak lemak ikan masin (Pes 4)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara

1. Tumis pes 4 (3 sudu) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan Bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.

Ikan kembung bakar (Pes 3)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara

1. Cuci Ikan bersih-bersih.
2. Perap ikan guna pes 3.
3. Bakar!

Nota: Kita niaga ikan dan ayam bakar memang pakai ni je.

Sambal cili ikan kembung (Pes 5)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara:

1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Tumis pes 5 (sesenduk) sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.)

Ayam masak kerutuk (Pes 3)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara:

1. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
2. Dah naik bau masukkan pes 3 (sesenduk)
3. Dah terbit minyak masukkan ayam & kerisik. Gaul dulu seketika.
4. Masukkan santan.
5. Dah sekata masukkan gula merah, tomato, garam, perasa.

Sambal udang petai (Pes 1)

1. Tumis pes 1 ( 3 senduk). Minyak 5 senduk. Masak sambal kena guna banyak minyak. Nanti tak sedap.
2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
3. Masukkan udang dan asam keping sedikit.
4. Rasakan dengan garam dan perasa/gula.

Siap!!

Nota: Cuci udang bersih-bersih.. kepala tu buang ok!!

Sambal paru (Pes 1 + pes 5)

Cara-cara:

1. Paru dicuci dan rebus dahulu.
2. Dah sejuk hiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng seketika dan toskan.
3. Tumis pes 1 ( 4 sudu ) + pes 5 ( 2 sudu) dalam minyak gorengan paru tadi.
4. Dah terbit minyak, masukkan asam keping, gula, garam.
5. Masukkan bawang besar dipotong bulat sbg hiasan.
6. Masukkan paru semula.

Lepas makan ni sila timbang badan masing-masing.

Daging masak hitam (pes 3)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara:

1. Rebus daging. Kemudian hiris nipis & tumbuk sikit (guna lesung bukan buku lima ok)
2. Tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis.
3. Masukkan pes 3 ( agak-agak nak bumbu banyak mana)
4. Dah pecah minyak, masukkan bawang goreng & kicap sedikit lagi (bagi gelap-gelap sikit.. Hitam manis pandang tak jemu.

5. Masukkan garam & perasa/gula.

Nota: Jangan tanya kenapa tak tumis dengan serai bla bla bla.. Dalam pes tu kan dah ada serai..

Sambal ayam (Pes 1)

Gambar: Awien Ariff

Cara-cara:

1. Goreng ayam yg sudah digaul serbuk kunyit & garam. Ketepikan ayam.
2. Tumis pes 1 (3 senduk) dengan minyak gorengan ayam tadi.
3. Masukkan garam, gula & asam keping sedikit.
4. Masukkan bwg besar yang dipotong bulat
5. Masukkan ayam semula, dah sekata angkat & hidang.

Nota: Sambal kena betul-betul masak ok baru pedepow..

Sumber: Awien Ariff

Amira

Love yourself.