Malam ini, pasti ramai yang berkumpul di hadapan televisyen, menanti pengumuman tarikh puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sepertimana tahun-tahun lalu. Inilah waktu yang dinantikan saban tahun selain pengumuman hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Sekali lagi, warna pakaian Tan Sri Syed Danial menjadi teka-teki dan bualan warga maya setiap tahun yang menantikan kemunculan beliau di kaca TV.
Ada yang meneka warna biru dan hijau, ada juga yang menjangkakan beliau akan memakai baju berwarna merah.
Korang rasa malam ni Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pakai baju warna apa malam ni buat pengumuman? 😀 pic.twitter.com/J8bCvyIfCQ
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) April 12, 2021
Korang rasa tahun 2021 nih penyimpan mohon besar esok buat pengumuman puasa pakai baju melayu warna apa pulak ? HAHAHAHA pic.twitter.com/w7TzcpCWhp
— Syzwin4_ (@Liyasyzwn4_) April 11, 2021
Malam ini dijangka pengumuman puasa. Dah boleh teka;
“Baju warna apa yang dipakai semasa pengumuman puasa Tahun 2021?” #UmumPuasa#SelamatMenyambutRamadhan pic.twitter.com/jZpdR4iJeM— Angah Manja (@mieza3739) April 12, 2021
Happy Monday everyone ! Siapa yg tak sabar nak tunggu pengumuman puasa esok kita geng! 🙌🏻🥰 jom teka malam ni Tan Sri Syed Danial penyimpan mohor besar raja2 pakai kaler apa this year. I vote for green lah 😆
— Dhia Sam (@Dhia_Sam) April 12, 2021
Agak-2 malam ni org yg buat pengumuman Puasa pakai baju warna apa ? 🤔
— mi (@HelmiBai) April 12, 2021
Aku tikam dia pakai baju hijau malam ni pic.twitter.com/r8pW2QVEat
— wahyu Ilahi (@WahyuYordan) April 12, 2021
Anda rasa warna apa yang Tan Sri akan pakai malam ini? Apa-apa pun selamat menyambut bulan Ramadan buat seluruh umat Islam di Malaysia
Sumber: Twitter