Siakap Keli
cerai isteri COVID-19
Kredit: Google

15 Tahun Berkahwin, Wanita Dilapor Diceraikan Suaminya Setelah 3 Kali Dijangkiti COVID-19

Seorang lelaki warga Jordan telah menceraikan isterinya dipercayai kerana wanita itu dijangkiti COVID-19 sebanyak tiga kali dalam tempoh beberapa bulan, lapor Gulf News.

Tulis portal itu, perkahwinan selama 15 tahun itu berakhir selepas suaminya menganggap kecuaian wanita itu menjadi punca dia dijangkiti virus itu berkali-kali.

“Saya telah ceraikan isteri saya dan tak akan berbaik walau apa pun terjadi. Dia telah terkena COVID-19 sebanyak tiga kali kerana dia selalu keluar membeli belah dengan rakan-rakannya. Saya tak mahu mati kerana kecuaiannya,” kata lelaki itu seperti ditulis Gulf News.

Tambah portal itu, Jordan mengalami peningkatan mendadak COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dengan jumlah keseluruhan 659,250 kes dan 7,646 kematian. Sementara itu, sebanyak 581,170 dilaporkan sembuh.

Sumber: Gulf News

Amira

Love yourself.