Siakap Keli
Ganbar Hiasan via Google

Boleh Ke Lajak Tidur Pada ‘Weekend’ Langsaikan ‘Hutang’ Tidur Hari Bekerja? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Lima hari seminggu, kita perlu bangun awal pagi untuk bekerja malah ada yang sehingga 6 hari. Ada juga yang memilih tidur lewat pada hari bekerja untuk bersosial dan menyiapkan tugasan.

Setiap hari minggu, kebanyakan daripada kita tidur lebih lama untuk mengganti waktu tidur yang terkorban pada hari bekerja.

Tidur lebih lama pada hari minggu tak menjadi masalah sekiranya anda memahami dua konsep penting ini iaitu sleep drive; dan jam biologi sirkadian.

Sleep drive

Sleep drive berfungsi sebagai penggera yang mengingatkan badan anda bila untuk tidur. Semakin lama anda berjaga, semakin lama waktu tidur yang badan anda perlukan.

Seperti sebuah tangki, tidur juga perlu “diisi” mengikut keperluan.

Jam biologi sirkadian

Jam sirkadian mengawal masa sedar dan mengantuk sepanjang hari. Rasa mengantuk seorang dewasa selalunya pada jam dua hingga empat pagi; dan satu tengah hari hingga tiga petang.

Setelah seminggu bangun awal pagi dan tidur lewat malam, badan kita bereaksi secara alami untuk melangsaikan “hutang tidur” pada hujung minggu.

Hutang tidur hari minggu

Gambar: Houston Methodist

Tidur lebih lama pada hari Sabtu dan Ahad bukanlah sesuatu yang baharu dalam aturan tidur kita. Ia boleh berdampak kepada sleep drive dan irama sirkadian anda pada minggu berikutnya.

Hasilnya, anda mengalami gangguan tidur, tekanan dan kurang bersemangat menjalani hari anda.

Tidur lewat dan tidur lebih lama pada hujung minggu, di tambah pula dengan tekanan boleh menyebabkan “sleep onset insomnia”. Ia berlaku apabila sleep drive dan irama sirkadian anda terganggu. Insomnia ini membuatkan badan anda tak bersedia untuk tidur.

Pendapat pakar tidur

Kita dinasihatkan untuk kekal dengan aturan tidur yang normal setiap hari. Nasihat ini mungkin kedengaran sangat jelas dan mudah difahami. Namun, terdapat juga pertikaian tentang hal ini.

Kajian terdahulu menunjukkan, individu yang tidur lima jam setiap malam lebih pendek umur berbanding individu yang tidur tujuh jam.

Namun, kajian yang dijalankan Universiti Stockholm ini menyangkal kajian terdahulu.

Kajian para pengkaji Sweden ini menunjukkan, individu yang tidur lima jam, tetapi menambah sejam dua waktu tidur pada hari minggu mempunyai jangka hayat yang sama.

Walau bagaimanapun, Michael Grandner, pengarah Sleep and Health Research di sebuah universiti di Arizona meragui dapatan kajian tersebut.

Grandner berkata, tidur bukan seperti transaksi kewangan yang boleh didepositkan pada hujung minggu dan tunaikannya kemudian.

Kajian juga menunjukkan individu yang mengalami insomnia kronik lima kali lebih terdedah kepada tekanan. Bukan itu sahaja, mereka turut berhadapan kemungkinan serangan panik.

Amalkan tidur siang

Pada hari bekerja, sebaiknya anda tidur sebentar di siang hari untuk mengembalikan tenaga.

Pada hari minggu, cuba untuk tidur awal, bangun mengikut aturan normal, dan tidur sebentar waktu siang.

Aturan tidur ini tidak akan mengganggu pola tidur normal anda. Anda boleh mengikuti tiga waktu optimum tidur siang iaitu 20, 60 dan 90 minit.

Seimbangkan kerja, kehidupan dan tidur

Gambar: Harvard T.H. Chan

Amalkan pengambilan makanan tinggi antioksidan dan protein. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, lemak dan karbohidrat. Ambil sarapan yang rendah kalori dan tinggi protein.

Senaman juga sangat penting untuk kekal aktif. Senaman yang sederhana seperti berjalan dan mendaki boleh membantu meningkatkan tenaga, pada masa yang sama menenangkan fikiran.

Hadkan masa bekerja di rumah. Kenalpasti tugas yang lebih penting dan cuba untuk tenangkan fikiran anda. Pastikan anda berhenti beraktiviti sejam sebelum tidur.

Masa untuk diri sendiri juga sangat penting. Biasakan bangun awal semasa hari minggu untuk melakukan aktiviti yang anda gemari.

Ketika hendak tidur, jauhkan diri daripada gangguan seperti telefon, emel dan internet 30 minit sebelum tidur.

Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti untuk kehidupan yang lebih produktif.

Sumber: Restonic

Eyla Azri