Siakap Keli
Gambar: Facebook

“Hanya Allah Saja Yang Mengetahui Segala Isi Hati,” Nonny Nadirah Minta Maaf, Mohon Doakan Yang Terbaik Untuknya

Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah menerusi laman Instagram miliknya ada memuatkan satu IG Story meminta maaf dan mohon doa yang terbaik buat dirinya.

Wanita itu tampil membuat permohonan maaf di samping menyertakan ucapan menyambut Ramadhan kepada semua pengikut, keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Nonny juga turut berkongsi niat berpuasa Ramadhan di dalam kiriman sama melalui Instagram Story miliknya.

“Assalamua’laikum, saya rindu semua.

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala, saya sayang semua kerana Allah.

Keluarga, sahabat, peminat, maaf dan terima kasih untuk segalanya. I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf.

Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik ambil kerana semua itu datangnya dari Allah. Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka. I love you gais.

Selamat berpuasa semua. Take care.

Selebriti ini turut berkongsi paparan gambar yang mengandungi doa meminta keampunan Allah.

Apapun ujian yang melanda, moga Allah mudahkan serta membimbing Nonny dan kita semua. Semoga ketibaan bulan pengampunan ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin.

Sumber: Nonny Nadhirah

Amira

Love yourself.