Siakap Keli
Kredit Scott Murray

Minta ‘Dikuburkan’ Sekali, Wanita Terkejut Temui Nota ‘Misteri’ Dalam Baju ‘Bundle’ Hendak Dibelinya

Seorang pelanggan wanita di kedai jualan amal menemui nota pesanan terakhir tersemat di jaket yang dicubanya.

Nota tulisan tangan tersebut tertulis pesan “bury me in this red suit”, atau “kebumikan saya dengan suit merah ini”.

Gambar nota tersebut dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook dengan nama Scott Murray. Perkongsian lelaki asal Carolina Utara, Amerika Syarikat ini mendapat pelbagai reaksi warganet.

“Pelanggan barangan terpakai, JoAnn, menemui jaket merah yang cantik ini dengan nota tersemat di poket,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang sedih kerana sudah pasti hajat terakhir individu yang menulis nota itu tidak kesampaian.

“Mungkin wanita tersebut meninggal dunia tanpa seorang pun mengetahui hajatnya,” tulis seorang wanita.

Salah seorang netizen menulis, “Dia patut meletakkannya di bahagian yang lebih senang dilihat.

“Menentukan pakaian untuk hari pengebumian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah serta menyentuh emosi. Saya pasti keluarganya akan menunaikan hajat tersebut sekiranya nota itu tidak tersorok.”

Netizen berusaha mencari tahu, siapakah pemilik asal jaket tersebut.

Beberapa hari lalu di Austalia, pihak polis sedang menyiasat penemuan seorang ibu tiga anak yang meninggal dunia di dalam kotak khas barang-barang amal.

Jasad Mikki O’Shea, 43, ditemui di dalam kotak barangan derma di pusat membeli-belah Gold Coast, Isnin minggu lalu.

Polis Daerah Queensland berkata, mereka tidak menganggap kematian Mikki sebagai sesuatu yang janggal dan menyifatkannya sebagai kematian tak sengaja.

News.com.au melaporkan, Mikki mencuba untuk mengambil item daripada kotak derma itu dan terperangkap setelah penutup kotak itu tertutup.

SUMBER: Daily Star, Facebook Scott Murray

Eyla Azri