Siakap Keli

Puas Hati Makan ‘Festive Beef Ribs Platter’ Kat Tony Roma’s, Daging Lembut Harga Mampu

Ramadan kembali lagi! Walau disambut dalam keadaan norma baharu, kemeriahan bulan mulia ini tetap terasa. Inilah masa yang terbaik untuk korang cipta detik indah bersama insan yang tersayang dengan membuka puasa di restoran yang kami nak kongsikan ini.

Tak perlu diperkenalkan lagi Tony Roma’s, restoran popular bagi semua penggemar daging. Kali ini, Tony Roma’s menyajikan menu hebat dan istmewa, khas hanya di bulan Ramadan untuk mereka yang ingin menikmati hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan tetapi dengan harga berpatutan dan mampu milik!

Menu eksklusif tulang rusuk dengan rasa yang takkan boleh dilupakan ini hanya disediakan dalam masa yang terhad bermula 19 April ini hingga 15 Jun di semua cawangan restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasainya!

Comfirm, korang dah cuba sekali mesti nak lagi. Kami sendiri pun dah berpeluang merasai kelazatan hidangan tulang rusuk dengan rasa yang cukup sempurna ini! Tekstur daging yang lembut dengan perapan istimewa membuat sesiapa sahaja terbuai dengan keenakannya! Terima kasih Tony Roma’s!

Antara menu yang disediakan bagi Ramadan kali ini adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. Setiap satunya sangat lazat di mana korang boleh memilih setiap menu ini berdasarkan apa yang korang suka.

Rib Bone Stew, renehan sup yang pekat dengan rasa yang lazat ini bagi kami wajib dicuba. Kalau tak ada umpama tak lengkap hidangan korang. Bagi yang memilih menu Festive Beef Ribs Platter dan Lamb Slabs Platter, Rib Bone Stew telah didatangkan sekali kecuali menu T-Bone Steak di mana korang perlu memesan asing sup ini.

Istimewanya Rib Bone Stew kerana ianya disediakan dengan cara masakan Amerika tetapi masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Chef memasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Fuhh, tengok sendiri gambar stew yang pekat dan kaya dengan rasa umpama masakan di rumah sendiri yang tiada tandingan!

Datang dalam kumpulan yang ramai? Ha, kami suggest korang untuk pilih Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza kerana sesuai dikongsi ramai kerana saiz hidangan yang besar, lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew.

Korang dapat mencuba lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap individu tanpa perlu risau sama ada korang membuat pilihan yang tepat atau tidak. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap.

Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.

Bagi Festive Lamb Slabs Platter pula, menu ini juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan di mana menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali. Sesuai untuk korang yang datang berdua!

Ada juga hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna. Sebagai pelengkap hidangan, korang boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. Dengan pilihan hidangan yang begitu eksklusif, set menu baharu dari Tony Roma’s ini pasti memuaskan cita rasa semua orang.

Korang takkan merasa rugi menikmati hidangan mewah dan menyelerakan ini kerana ianya berbaloi bermula dengan harga RM129.90 sehingga RM359.90 untuk hidangan bersaiz 4 – 5 orang!

Malah, bagi yang ingin menimati hidangan lain, Tony Roma’s juga menawarkan kepelbagaian menu kepada semua pengunjung dan bukan hanya penggemar tulang rusuk. Terdapat banyak pilihan makanan laut, stik, ayam, biri-biri, salad, sandwich dan burger, serta pelbagai hidangan pembuka selera dan pencuci mulut bersaiz mini yang unik. Semua hidangan di sini diyakini halal dan sesuai untuk pelanggan beragama Islam.

Musim Ramadhan yang tiba ini bukan hanya untuk pelanggan Muslim, tetapi juga semua rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari www.tonyromas.com.my.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.