Siakap Keli

Ujian Saringan Tak Batalkan Puasa, Tapi Ini Kesan Pada Puasa Anda Jika Disahkan Positif Covid-19

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa jam lagi, pelbagai persoalan yang berlegar di fikiran anda terutamanya buat masyarakat Muslim di Malaysia. Ya, perkara ini tidak dinafikan, mesti anda tertanya-tanya tentang ujian saringan Covid-19 boleh membatalkan puasa atau tidak?

Melalui perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa ujian saringan Covid-19 tidak membatalkan puasa.

Ikuti penjelasan daripada pihak KKM untuk lebih difahami.

Seperti mana yang kita tahu, saringan Covid-19 mempunyai dua jenis iaitu jenis saringan Nasopharyngeal iaitu alat swab dimasukkan ke dalam rongga hidung sehingga kawasan Nasopharynx.

Jenis yang kedua pula iaitu Oropharyngeal Swab di mana alat swab dimasukkan ke dalam mulut sehingga kawasan Oropharynx, dibelakang anak tekak bagi mengambil mukus.

Hal ini telah dijelaskan oleh pihak KKM di mana kedua-dua jenis saringan ini tidak membatalkan puasa.

Bagi pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19 ini diharuskan untuk tidak berpuasa bagi mereka yang berada pada tahap 2 hingga 5. Namun diwajibkan untuk menggantikan puasa kembali.

Bagi pesakit tahap 1, sekiranya tidak mampu melaksanakan ibadah puasa atau atas nasihat doktor, sekiranya lambat untuk sembuh dan memudaratkan, diharuskan untuk tidak berpuasa tetapi wajib untuk menggantikannya.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang