Siakap Keli
Foto: Combi Mamagebooz

“Dah Tak Ada Alasan Lupa Rendam Kurma,” Ini Cara Nak Buat Pes Buah Kurma, Mudah Dan Tahan Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jarang-jarang orang buat buah kurma dijadikan pes untuk masakan atau minuman. Ya la, bulan Ramadan ni lah kita nak jumpa banyak buah kurma dan pelbagai jenis kan. Kadang tu ada yang kongsi sesama jiran sebab terlalu banyak stok kurma di rumah.

Tetapi kali ini, lepas korang lihat perkongsian daripada Combi Mamagebooz ni, ‘confirm’ korang dah tak risau kalau stok kurma berlebihan di rumah. Sebenarnya, jarang orang buat resipi ni, selalunya kalau kita nak buat air susu kurma mesti kita rendam dulu kan, sekarang ni dah tak perlu rendam dah. Terus angkat masuk cawan dan tambah susu je.

Assalamualaikum. Semalam balik je kerja terus kukus kurma dalam sejam lepas tu kisarkan. (buang biji dulu kemudian saya basuh dulu kurma dan tapis).

Masa kukus wangi harum kurma satu rumah. Masa kisar jgn bubuh air atau apa. Buat mcm ni senang. Nak minum susu kurma ambil je sikit terus bancuh ngan susu.

Tak de kes “saya terlupa nak rendam kurma” lagi dah.

Oh ya. Masa kisar hati hati. Saya guna food processor (pengisar kering) bukan blender biasa tu. Kisar sikit sikit. Sifat kurma ni isinya mampat nanti patah pulak blade tu. Blend sekejap sekejap.

Tujuan kukus untuk melembutkan kurma termasuk kulit kulitnya skali.

Wanita juga kongsi tips untuk pes kurma ini tahan lama, setiap kali ambil jangan gunakan sudu yang basah dan perlu diletakkan di dalam peti ais.

Jadi, korang yang ikut resipi ni boleh lah buat macam juadah selain air susu kurma seperti pau inti kurma, tart kurma dan banyak lagi.

 

Sumber: Combi Mamagebooz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang