Siakap Keli

Kapal Dipercayai Bawa Migrain Terbalik Di Ethiopia, Sekurang-kurangnya 42 Dikhuatiri Maut

ETHIOPIA- Angka korban meningkat kepada 42 orang akibat kapal terbalik di pantai Djibouti, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) semalam.

“Sekurang-kurangnya 42 orang mati selepas sebuah kapal yang dikendalikan sindiket penyeludupan manusia.

Kira-kira 60 pendatang yang melarikan diri dari konflik di Yaman, terbalik dalam perjalanan ke Djibouti pada awal pagi isnin,” kata agensi migrasi PBB dalam satu kenyataan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 16 kanak-kanak dikatakan antara yang meninggal dunia, kata IOM.

Semalam, IOM mengumumkan bahawa kira-kira 34 migran telah mati dalam kejadian itu ketika mereka dibawa penyeludup manusia.

“Walaupun bahaya, pendatang yang tiba di Djibouti terus meningkat. Pada Mac lalu, dilaporkan lebih dari 2,343 pendatang tiba dari Yaman, berbanding 1.900 bulan Februari.” kata agensi PBB.

Kes ini dikatakan salah satu dari banyak malapetaka yang serupa pernah berlaku di kawasan pantai Laut Merah Djibouti.

Para migran yang berhasrat untuk pulang ke kampung halaman terpaksa melalui jalan yang berbahaya ini.

Justeru, IOM meminta semua kerajaan (sepanjang jalan) untuk berganding tangan dan menyokong usahanya bagi membenarkan pendatang pulang ke rumah dengan selamat.

sumber: Xinhua News

Atiqah Aliah