Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Mana Lebih Baik Antara Kurma Kering Atau Kurma Segar? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Selain berbuka puasa dengan kurma merupakan satu sunnah, buah ini juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Kurma kaya dengan serat dan mineral seperti potasium, magnesium, dan kalium.

Kandungan kalium dalam secawan kurma melebihi dua kali ganda jumlah kalium dalam sebiji pisang bersaiz sederhana.

Terdapat pelbagai jenama kurma yang boleh kita dapati di pasaran, tambahan pula di bulan Ramadhan. Walaupun mempunyai pelbagai jenama, kurma hanya datang dalam dua bentuk iaitu segar dan kering.

Menurut Kompas yang memetik kata pakar, kedua-duanya adalah sama baik, tapi ada perbezaan dalam jangka hayat atau waktu penyimpanan, kalori, kandungan gizi termasuk makronutrien, mikronutrien dan serat.

Apakah perbezaan kedua jenis kurma ini dan manakah yang lebih baik?

Waktu penyimpanan

Waktu penyimpanan kurma segar cenderung lebih singkat.

Kurma segar hanya boleh bertahan selama lapan ke 10 bulan jika di simpan di dalam peti sejuk.

Kurma kering boleh disimpan lebih lama, iaitu sehingga tempoh lima tahun.

Meskipun telah melalui proses pengeringan, kurma kering tetap memiliki kadar kelembapan yang cukup tinggi jika dibandingkan dengan kismis.

Oleh itu, kemungkinan untuk ditumbuhi kulat masih ada pada kurma kering sekiranya tidak disimpan dengan baik.

Kandungan Gizi

Berbanding kurma segar, kurma kering memilki jumlah kalori yang lebih tinggi.

Sekiranya sedang menurunkan berat badan, anda disarankan untuk mengambil kurma segar.

Kandungan karbohidrat antara kedua jenis kurma ini juga berbeza. Kurma segar lebih banyak mengandungi karbohidrat.

Kurma kering memiliki zat besi dan kalsium yang lebih tinggi, manakala kurma segar kaya dengan vitamin C.

Kurma kering juga mengandungi serat yang tinggi, di mana ada kalanya menyebabkan gangguan pencernaan.

Walaupun begitu, pengambilan kurma kering lebih digalakkan mengikut keperluan masing-masing.

SUMBER: Kompas.com, Hello Doktor

Eyla Azri