Siakap Keli
Gambar: Siti Syabira

“Nape Kene Panggil Umi, Umi?” Wanita ‘Tergamam’, Anak Tanya Kenapa Tak Panggil Nama Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Antara fasa yang paling dinantikan ibu bapa ialah apabila anak-anak pandai mengucapkan perkataan pertama mereka. Ada bayi yang perkataan pertamanya ‘mama’, ada juga ‘baba’.

Semakin bertambah usia, anak kecil yang dahulunya hanya tahu beberapa perkataan kini makin pintar berbicara. Adakalanya, ayat atau soalan mereka boleh membuatkan kita pecah tawa. Misalnya, kisah yang dikongsikan Puan Siti Syabira dalam group Anak Sepahkan Apa Hari Ini.

Kongsi Syabira, sekembali dari sekolah, anak lelakinya telah bertanya satu soalan yang membuatkan wanita itu tergamam seketika. Mungkin cuba memahami logik, kanak-kanak bernama Mikhail itu bertanya mengapa dia perlu memanggil Syabira ‘umi’ dan bukan nama sebenar ibunya. Gaya pertanyaan anak itu telah membuatkan orang ramai terhibur dan turut mengaitkan dengan gelagat anak masing-masing.

Gambar: Siti Syabira

Jom baca perbualan mereka di bawah.

Semalam balik sekolah, Muhammad Aiman Mikhail tanye umi.

Mikhail : umi, nape kene panggil umi, ‘umi’?
Umi : sbb umi ni mak Mikhail, kate ganti name. Macam abg la, name Mikhail tp umi panggil abg. Macam kakak, name Cinta tp panggil kakak.
Mikhail : panggil je la Syabira, kan senang.
Ko penah dengar cite si tanggang tak bang??

Gambar: Siti Syabira

Perkongsian itu telah membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagat Mikhail. Ramai juga antara mereka yang menceritakan pengalaman lucu masing-masing mendapat gelaran ‘tidak dijangka’ daripada si anak.

Terikut cara ibu/ayah

Anak saya panggil abah dia abang

Anak panggil, kalau ibu tak dengar panggil nama penuh

Kanak-kanak sememangnya cenderung meniru apa yang dilihat. Kongsi Niss Nisaq, anaknya meniru gayanya memanggil dengan menyeru nama penuh jika panggilan tidak disahut.

Nama Mikhail memang macam ni ke?

Sementara itu, ada juga warga maya yang berkongsi gelagat lucu anak/anak saudara mereka yang mempunyai nama serupa, Mikail.

Sumber: Siti Syabira via Anak Sepahkan Apa Hari Ini

Amira

Love yourself.