Siakap Keli

Sekurang-kurangnya 5 Maut & 12 Lagi Cedera Parah Dalam Kebakaran Bas Pelancong Di Bangkok

BANGKOK- Dilaporkan sebuah bas dua tingkat di Bangkok terbakar di daerah Ban Haet.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi di lebuh raya Mitrapap di kampung Nong Kham.

Pasukan penyelamat memberitahu polis bahawa bas 407 Syarikat Pattana bergerak dari wilayah Bung Kun pada isnin petang dan berhenti seketika di Udon Thani.

Setelah itu, bas tersebut bergerak menuju ke Bangkok dengan 33 penumpang di dalamnya.

Bas membuat perhentian lagi di Khon Kaen dan kemudian bergerak selepas tengah malam tidak lama kemudian.

Semasa melalui kampung Nong Khan, tayar belakang bas pecah dan terbakar. Api merebak ke ruang enjin dan seluruh bas terbakar.

Sebuah unit penyelamat dan pasukan bomba tiba tidak lama kemudian dan berjaya memadamkan api dalam sejam. Bas dilaporkan rosak teruk.

Lima penumpang maut dilaporkan dua daripadanya kanak-kanak. Dilaporkan mereka terbakar di dalam bas dan 12 yang lain mengalami luka kesan terbakar yang teruk.

16 penumpang yang lain berjaya meyelamatkan diri dari bas yang terbakar itu dan selamat. Pemandu bas juga mengalami kecederaan.

Penumpang dan pemandu dimasukkan ke Hospital Siridhorn dan Khon Kaen untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Bangkok Post

Atiqah Aliah