Siakap Keli

TERKINI: 1,889 Kes Baharu Dilaporkan, Tiga Negeri Termasuk Selangor Catat Kes Tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lagi 1,889 kes baharu setakat hari ini. Setakat hari ini, tiga buah negeri termasuk Selangor telah mencatat kes tertinggi.

Setakat hari ini, seramai 1,485 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan keluar wad. Ini menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh meningkat kepada 347,780.

Justeru itu, kes aktif di negara kita semakin meningkat kepada 16,696. Berdasarkan angka tersebut terdapat 204 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi termasuklah 79 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa hari ini terdapat pertambahan kes kematian iaitu seramai 8 mangsa korban akibat jangkitan Covid-19. Ini menjadikan jumlah kes kematian adalah 1.353.

Seluruh rakyat di Malaysia mengucapkan takziah pada keluarga mangsa.

Senarai kes baharu mengikut negeri.

Seperti yang anda lihat di bawah, Selangor mencatat kes paling tertinggi dengan 517 kes hari ini diikuti dengan negeri Sarawak iaitu 489 dan Kelantan dengan 226 kes.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang