Siakap Keli
Gambar: annisadwiatikah2

(Video) Baru Nak Buat Video Tapi Nampak ‘Gangguan’, Monyet Ni ’Take Over’ Kamera Terus Dapat Lebih 20 Juta Tontonan

Monyet merupakan antara haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bermacam peristiwa lucu melibatkan monyet pernah berlaku gara-gara sifat ingin tahunya, malah mungkin ada antara kita sendiri yang mempunyai pengalaman lucu ketika bertemu empat mata dengan haiwan ini.

Kejadian monyet menggunakan telefon pintar dengan kamera yang terpasang juga pernah berlaku sebelum ini. Terbaru, tular video seekor monyet yang mendapat populariti setelah wajahnya muncul selama beberapa saat melalui akaun TikTok seorang pengguna wanita.

Mungkin cuba ‘berduet’, mamalia itu muncul di sudut belakang, membuatkan dua gadis di hadapan kamera membuka langkah melarikan diri. Tanpa membuang masa, haiwan itu pun menghampiri kamera yang setia merakam wajahnya.

Video itu telah mendapat perhatian lebih 19 juta penonton di TikTok di mana ramai yang terhibur dengan gelagat monyet itu.

@annisadwiatikah2

monyet meresahkan😭 #fyp

♬ Mood – Tom Mallari 🇵🇭

Salah aku di mana?

Hello guys!

Fun fact: monyet yang muat naik video ini

Sumber: @annisadwiatikah2

Amira

Love yourself.