Siakap Keli

(Video) Mudah & Menyelerakan, Akak Ni Kongsi Rahsia Nak Buat Ayam Percik Ala-ala Bazar Ramadan

Golongan ibu atau suri rumah pastinya menjadi orang yang paling sibuk ketika bulan puasa kerana menyediakan makanan bersahur dan berbuka untuk seisi keluarga.

Hari-hari memasak, mesti terkadang merasa buntu juga kerana tak tahu nak  memasak menu apa lagi. Kadang-kadang puas juga la buka ‘kitab-kitab’ lama cari balik resepi yang masih belum dicuba.

Masuk kumpulan itu, masuk kumpulan ini semata-mata nak dapatkan menu baru supaya dapat disediakan untuk santapan sekeluarga.

Lagi pening kalau anak atau suami ‘request’ nak makan juadah seperti yang dijual di bazar. Lagi la pening kepala nak fikir kan?

Jangan risau, banyak resepi-resepi menarik di media sosial yang boleh anda ‘terokai’. Salah satunya adalah yang dikongsikan oleh Cifa Jamil di TikTok ini.

Cifa berkongsi resepi untuk membuat ayam percik ala-ala bazar ramadan yang kelihatan sangat menyelerakan. Jom tengok video di bawah ini.

@cifajamil

Dah tahu tak tu nak masak apa untuk buka puasa ni?? @lazada_my #SeleraRamadan #Ayampercik #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar

♬ Ramadan Tiba – Alif & Sofia

Kalau tak sempat pergi bazar, buat saja di rumah dengan menggunakan resepi yang mudah ini. Selamat mencuba.

Sumber: CifaJamil

Sofea

There's always another side to every story