Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

“Dah Takda Resipi Tak Jadi,” Terasa Lain Ramadan Tahun Ni, Tapi Ada ‘Satu Ganjaran’ Wajib ‘Grab’

Bulan Ramadan sudahpun tiba dan umat Islam sekarang sedang mengerjakan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa. Pelbagai amalan dilakukan oleh umat Islam kerana telah dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini.

Seperti yang pernah dialami oleh semua orang pada tahun lepas, nampaknya Ramadan kali ini disambut sedikit berlainan dan kerinduan terhadap kemeriahan bulan puasa sedikit terubat. Apa tidaknya, kerajaan telah memberikan beberapa kelonggaran kepada rakyat Malaysia pada tahun ini untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.

Antaranya ialah kebenaran untuk menganjurkan bazar Ramadan dengan SOP ketat yang telah ditetapkan. Perkara ini sememangnya mengembirakan pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang ‘dijamu’ dengan pelbagai hidangan yang enak. Bukan sahaja pelanggan, penjual juga boleh menarik nafas lega apabila boleh menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Jika diimbau kembali pada tahun lepas, tapak-tapak bazar yang kebiasaannya dipenuhi orang ramai menjadi sunyi dan lengang ketika itu. Itulah antara ‘sejarah’ yang tidak mungkin akan dilupakan.

Tidak sama seperti tahun lepas ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pelbagai resipi dicuba oleh orang ramai untuk dijadikan juadah berbuka. Tapi, ada yang menjadi, malah ada juga yang tidak menjadi.

Nak dapatkan resipi bukannya susah, buka sahaja di media sosial, ada saja warganet yang berkongsikan resipi-resipi menarik untuk cuba dibuat oleh orang lain. Antara group atau page yang popular ketika itu adalah Masak Apa Hari Ini dan Suami Masak Apa Hari ini. Kedua-dua halaman ini penuh dengan perkongsian khususnya berkaitan dengan dapur seperti resipi ataupun tips memasak.

Kalau masakan tak menjadi pula, warganet akan berkongsikan pengalaman mereka di Masak Apa Tak Jadi Hari Ini dan boleh dijadikan pengajaran buat orang lain. Malah, ada yang memberi nasihat untuk memperbaiki kemahiran memasak.

‘Tak sama macam tahun lepas, Ramadan kali ini sedikit berbeza, resipi tak menjadi”

Tahun ini, Ramadan disambut dengan sedikit kemeriahan apabila penganjuran bazar dibenarkan. Umat Islam sudah pastinya tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda.

Bercerita mengenai kelainan berbanding tahun lepas, pihak Honda Malaysia juga membuat ‘kelainan’ pada tahun ini dengan menawarkan ganjaran yang sangat berbaloi kepada korang semua.

Kalau korang nak tahu, Honda Malaysia tengah buat ‘Sama-Sama Rewards’ untuk korang menikmati ganjaran dan rebat yang tinggi untuk setiap pembelian kenderaan keluaran mereka. Apa yang menariknya, ‘Sama-sama Rewards’ ini membolehkan korang menikmati ganjaran sehingga RM5,000 bagi kenderaan baharu.

Kalau dapat ganjaran sehingga RM5,000 tu, korang boleh la guna wang tersebut untuk keperluan lain terutamanya dalam bulan Ramadan ini. Sekiranya tidak, korang juga boleh simpan dan membelanjakannya ketika hendak menyambut Syawal nanti.

Kalau diikutkan, ada tujuh kenderaan yang ditawarkan pulangan ganjaran buat anda. Antaranya ialah bagi model Honda Accord, korang boleh menikmati tawaran sehingga RM5,000. Selain itu, Honda City juga tidak terkecuali daripada faedah ganjaran iaitu berjumlah RM2,000 manakala bagi Honda BR-V pula ialah sebanyak RM3,000.

Bukan terhad kepada tiga model itu sahaja, tetapi masih ada empat model yang akan diberikan ganjaran menerusi pembelian baharu sempena Sama-Sama Rewards oleh Honda Malaysia ini.

Ada lagi?

Betul, sekiranya korang beli kenderaan keluaran Honda sebelum tarikh 30 Jun, secara automatik korang boleh nikmati sifar peratus cukai jualan seperti yang pernah dimaklumkan kerajaan sebelum ini.

Jadi korang tunggu apa lagi? Peluang sebegini tak selalu datang, tapi kalau dah ada depan mata teruslah ‘grab’. Kalau korang nak cuci mata dulu bolehlah melawat showroom Honda yang berdekatan dengan tempat tinggal korang.

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran ini, korang boleh layari Honda Sama-Sama Rewards, Facebook Honda Malaysia dan juga Instagram Honda Malaysia.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa