Siakap Keli

Lelaki Dijatuhi Hukuman Mati, Bersalah Culik Lelaki OKU Untuk Dibakar Sebagai Ganti Mayat Orang Lain

CHINA- Mahkamah di China telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki, selepas didapati bersalah menculik, mengurung dan membakar hidup-hidup seorang individu yang merupakan pesakit sindrom down, empat tahun lalu.

Tertuduh bernama Huang diupah oleh sebuah keluarga kaya yang mahu mayat saudara mereka diganti bagi proses pembakaran mayat dalam skim ‘pertukaran badan’.

Mangsa, Lin Shaoren (36 tahun) diculik berdekatan rumahnya di Lufeng ketika mengutip sampah di tepi jalan pada 1 Mac 2017. Huang menculiknya dan memaksanya meminum arak dengan kuantiti yang banyak.

Kemudiannya, Huang memasukkan Shaoren yang tidak sedarkan diri ke dalam keranda dan menutupnya dengan paku besi, kata Huang di mahkamah.

Shaoren disenaraikan sebagai orang hilang selama dua tahun. Pihak polis menggunakan rakaman litar tertutup (CCTV) untuk menyelesaikan kes itu.

Ahli keluarga mangsa mengetahui mangsa telah dibunuh pada November 2019, lapor Sohu News.

Huang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah di Shanwei pada September 2020. Tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Rakyat Guangdong tetapi rayuannya ditolak pada Disember tahun lepas.

sumber: South China Morning Post

Atiqah Aliah