Siakap Keli

“Masuk-Masuk Terus Jumpa Dapur,” Dari Rumah Flat, Wanita Ini Ubah Jadi Seakan Apartment Mewah

Menghias rumah sudah menjadi satu perkara wajib bagi pasangan suami isteri yang mempunyai sifat kreatif dan rumah mereka kelihatan cantik. Tambahan pula, lagi beberapa minggu kita akan meraikan Hari Lebaran, memang haruslah rumah kena hias cantik-cantik.

Siapa cakap rumah flat dengan keluarsan 712sqft tak boleh nak hias agar tampak lebih cantik dan mewah? Ya, walaupun kita tahu mendekorasi rumah memerlukan wang yang banyak tetapi kali ini, Puan Ayu Rose berkongsi tentang rumahnya yang dihias cantik dengan barangan yang bajetnya rendah sahaja.

Jom kita lihat cara Puan Ayu dan keluarga mentranformasikan rumah mereka tampak lebih cantik dan mewah.

Assalamualaikum salam Ramadhan, Ayu nak share rumah flat 712sqft ruang memanjang dari pintu masuk terus ke ruang tamu, masuk-masuk terus jumpa dapur.. Tema asalkan sedap mata memandang.

Ruang memanjang dari dapur terus ke ruang tamu, Ayu letak bar counter untuk bahagikan ruang tamu dengan ruang dapur yg bestnya kallax ni banyak fungsi, boleh buat partition n bar counter so Ayu dapat 2in1

Ayu sengaja tak letak karpet kat ruang tamu mudah nak sapu dan mop rumah, tak letak coffee table sebab anak-anak tengah lasak, bagi ruang untuk anak-anak bermain.

Ruang meja makan n bar counter, cermin rose gold tu ayu beli kat Eco 5×3 bajet tak smpai RM 35.. kalau beli iorn mirror tak lari harga RM 2xx, jadi kita pilih yang super duper jimat.

Beli troli putih disini

Bar counter tempat laki bini dating sambil mengeteh atau makan maggi tengah-tengah malam, dulu selalu berangan nak ada bar counter. Alhamdulillah ada rezeki beli sikit-sikit, bar counter ni bajet tak sampi RM 600 termasuk bar stool, kalau nak buat island table tinggal tambah linnmon top je..

Beli kerusi Scandivian disini

Lazada

Konon-konon mini dry kitchen. Ruang ni Ayu guna kallax untuk letak barang letrik yg jarang guna, dari pintu masuk terus nampak ruang tamu, Ayu letak langsir lil ikea supaya org lalu dari luar tak nampak terus kedalam..

Beli wallpaper brick disini

My humble mini open kitchen, dry and wet kitchen

Pandangan dari ruang dapur, masak sambil intai anak-anak bermain kat ruang tamu.

Wet kitchen disebabkan ruang yang sangat terhad barang yang biasa guna je ada kt ruang ni, kuali yang biasa guna Ayu sangkut kat hujung rak, periuk-periuk besar yang jarang guna Ayu letak kat ruang belakang.

Wet kitchen kat bawah rak tempat simpan stock makanan ala-ala mini pantry, bekas putih tu daripada bekas ice cream makcik Ayu tak guna so kita kutip bawak balik, bekas ni Ala-ala trofast box ikea sebekas rm12, benda boleh jimat kenape nak beli yang mahal kan.

Ayu letak kallax untuk buat bench tempat husband lepak sambil teman Ayu memasak, kat bawah bench boleh simpan barang nak buat rak buku atau simpan toys anak pun boleh..

Beli bekas putih disini

Tong sampah dari shopee, best sbb besar tinggi paras pinggang, ada 3 compartment boleh asingkan sisa makanan dann pampers anak, material pvc tebal kalau kotor boleh basuh atau lap, ada roda boleh tolak kesana kesini

Beli tong sampah disini

 

Sumber: Ayu Roses

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang