Siakap Keli
Kredit: Google

Pasangan Ini Dipercayai Sudah 18 Kali Pindah Rumah Dalam Tempoh 3 Tahun Kerana Isteri Takut Lipas

Ramai antara kita yang takut atau geli dengan serangga bernama lipas ini. Apatah lagi jika ia menukar kepada ‘mod terbang’, langkah seribu dibuatnya. Dari bau sahaja, sudah tahu ia berada berdekatan.

Bagi seorang wanita di India yang mengalami fobia teruk terhadap lipas, dia sanggup berpindah setiap kali bertembung serangga itu di kediaman mereka.

Menurut Mothership.sg, wanita ini bersama pasangannya telah berpindah sebanyak 18 kali dalam tempoh tiga tahun sahaja, susulan fobia berkenaan.

Wanita itu dikatakan akan menjerit meminta tolong jika ternampak lipas, malah ada satu kejadian di mana dia dikatakan enggan menjejakkan kaki ke dapur selepas melihat serangga itu di sana.

Tulis portal itu, mereka telah berpindah buat pertama kali pada 2018 selepas berkahwin pada tahun 2017.

Tambah Mothership.sg, si suami telah membawa wanita itu mendapatkan bantuan psikiatri daripada ramai doktor termasuk pakar di salah sebuah institusi perubatan terbaik di negara itu. Pun begitu, wanita berkenaan dikatakan enggan mengambil ubatnya.

Mereka juga telah mendapatkan kaunseling, namun usaha berkenaan tidak berjaya.

Sumber: Mothership.sg

Amira

Love yourself.