Siakap Keli

Selalu Guna Untuk Undur Kereta, Ini Rupanya Asal Usul Perkataan ‘Gostan’ Yang Ramai Tak Tahu

Korang pernah tak dengar ayah atau atuk korang sebut ‘gostan…gostan’ bila nak suruh orang undur kereta kan? Mesti pernah kan, tambah-tambah lagi orang utara, mereka memang gemar menggunakan perkataan ini.

Sebagai contoh ayat yang selalu kita dengar;

“Hang kena gostan kereta hang sikit…”

Tetapi sebenarnya korang tahu tak mana asal perkataan tu?

Sebenarnya perkataan gostan itu diambil daripada perkataan Inggeris iaitu “go astern” yang digunakan oleh kelasi apabila ingin mengundur kapal laut.

Macam mana boleh terlepas dalam bahasa Melayu, sejak zaman filem P Ramlee lagi. Korang yang menonton filem melayu klasik tu mesti tahu perkataan ‘gohed gostan’.

Sebenarnya, perkataan ‘gostan’ telah dimasukkan ke dalam kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat sebagai bahasa slanga (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi) yang membawa maksud undur atau ke belakang.

Jadi, sekarang korang dah tahu kan dari mana asal perkataan ini diambil?

 

Sumber: Kamus Dewan Bahawa, Findword

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang