Siakap Keli
Gambar: Youtube

Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Ini Cara Mudah Nak ‘Save’ Gambar & Video Di Status Whatsapp

Asyik melihat status WhatsApp kenalan, adakalanya kita tertarik dengan beberapa video atau gambar yang dikongsikan. Nak disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang, anda pun menangkap layar skrin telefon atau meminta rakan anda menghantar video kepada anda.

Tak perlu susah-susah. Dengan tips kali ini, anda boleh menyimpan status WhatsApp yang dikongsi menggunakan telefon Android anda, hanya melalui File Manager. Nak tahu bagaimana? Jom baca.

1. Buka File Manager.

2. Cari Device Storage > WhatsApp > Media

3. Klik tiga titik bertindih di sudut atas kanan skrin dan klik pilihan ‘Show Hidden Files

4. Tekan fail .statuses

5. Dalam fail tersebut, pilih video dan imej yang ingin disimpan. Salin dan pindahkan ke fail lain.

Untuk memahami dengan lebih jelas, rujuk video di bawah.

Pun begitu, mungkin tidak semua telefon bimbit boleh menggunakan kaedah seperti yang dikongsikan di atas.

Sumber: Techbout.com, TechMeSpot

Amira

Love yourself.