Siakap Keli

(Video) Hanya Guna 3 Bahan, Ini Rahsia Nak Mop Lantai Sampai Berkilat Macam Cermin

Perasan tak, dalam banyak-banyak kerja rumah, benda paling ‘berat’ nak buat adalah sidai dan lipat baju, betul kan? Kenyataan ni biasanya memang diakui oleh kebanyakan akak-akak suri rumah.

Tapi jangan ingat lipat baju je paling berat, ada satu lagi kerja rumah yang mungkin tak semua orang rajin nak buat. Apakah ia? Jawapannya, lap lantai satu rumah.

Lap lantai ni boleh dianggap macam membasuh pinggan sebanyak 10 besen penuh. Kerjanya ringkas, hanya bermain dengan air sabun dan alat pencuci, tapi yang memenatkan adalah kena buatnya berulang-ulang kali.

Sebelum nak lap lantai, mesti terbayang dalam kepala yang korang mesti kena guna pencuci paling terbaiklah, alat mop paling canggihlah, semata-mata nak pastikan lantai tu memang betul-betul bersih berkilat.

Korang nak tau tak, sebenarnya tak perlu pun sabun mahal tu semua. Korang hanya perlukan tiga benda ni je. ‘Confirm’ lantai memang jadi licin habis, berkilat macam cermin.

Tak percaya? Jom tonton video yang dikongsikan warga TikTokers kakfaie di bawah ni.

@kakfaie

berkilat weih lantai kami boleh buat cermin,nak tahu rahsianya? #houseworkhack #YWY3WeRockTheWorld #sobella

♬ original sound – Lynn Generation – Lynn Generation

Bagi sukatannya pula, memang cukup mudah. Kalau korang nak lap lantai menggunakan air panas sebanyak setengah baldi, cukup je korang tuangkan cuka sebanyak dua sudu dan cecair pencuci sebanyak satu penutup.

Lepas campurkan bahan-bahan tu, godaklah sampai agak berbuih dan bersedia untuk digunakan. Siap. Cara mengelap pula terpulanglah macam mana sekalipun, ikut pada keluasan ruang dan susun atur rumah tu.

Ada yang bertanya di ruangan komentar, tak bahaya ke buat macam ni? Lantai rumah tak terhakis ke? Yelah, guna cuka kan. Jawab Kakfaie, tempoh sebaiknya untuk amalkan lap lantai cara ni adalah kira-kira tiga bulan sekali.

Teknik arah mop lantai

Tapi alang-alang ni kan, penulis nak kongsi sikit pengalaman semasa bekerja sambilan sebagai Store Associate 7-Eleven masa lepas habis Tingkatan 6 dulu, tentang teknik mengelap lantai.

Caranya mudah. Mulakan mop dari ruang paling depan sekali, iaitu pintu/ruang tamu (bergantung lokasi korang). Mop secara kiri-kanan-kiri, kemudian celup, bilas dan sambung mop lagi. Ulang langkah sama sambil undur ke belakang hinggalah ke ruang paling belakang (dapur).

Kenapa begitu? Kerana bila dah siap mop depan dulu, pergerakan kaki kita untuk bergerak ke belakang tidak akan menjejaskan lantai depan yang dah dimop tadi. Jadi lantai tu akan dapat kering dan bersih tanpa dipijak lagi. Senangkan?

Selamat mencuba semua.

Beli Floor cleaner, cuka makan disini.

Sumber: TikTok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'