Siakap Keli

(Video) Ini Rupanya Sampel Air Mani ‘Sperma Tidak Sihat’ Perokok Aktif Bila Dilihat Di Bawah Mikroskop

Setipa pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata. Namun, setelah lama berkahwin, ada pasangan yang belum dikurnaikan zuriat. Salah satu punca kepada masalah ini adalah disebabkan ketidaksuburan suami yang menghasilkan sperma yang tidak sihat.

Menerusi perkongsian oleh sebuah akaun TikTok dikenali sebagai Kak Joy yang berkerja di salah sebuah makmal perubatan, beliau menunjukkan sampel air mani yang diambil oleh seorang perokok.

Hasil dari pemeriksaan mendapati, sampel air mani individu berkenaan adalah tidak sihat dan menjadi salah punca atau penyebab inidvidu itu sukar untuk mendapatkan cahaya mata.

@kakjoy18

Awal pagi terima sample air mani. 😌 #KakJoy #frontliner #fypシ #fyp #mlt #SFA

♬ Oh No – Kreepa

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut memberikan pelbagai pendapat masing-masing. Ada di antaranya yang bersetuju dengan pendedahan ini agar boleh meningkatkan kesedaran orang ramai untuk berhenti merokok.

Malah, ada yang turut mengakui walaupun ahli keluarga mereka perokok tegar yang dikurniakan ramai anak tetapi mempunyai masalah kesihatan lain berpunca dari menghisap rokok.

Memang rezeki Allah bagi, tapi merokok tu jadi salah satu punca sperma tak sihat

Ayah perokok tegar, anak ramai tapi doktor sahkan ada masalah jantung

Mesej yang nak disampaikan adalah berhenti merokok demi kesihatan

Sumber: TikTok kakjoy18

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.