Siakap Keli

(Video) Kes Pukul Pengawal Peribadi, 4 Individu Direman Lima Hingga 7 Hari

KLANG, 15 April – Empat individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa semalam direman selama lima hingga tujuh hari bermula hari ini.

BERNAMA menerusi laporan ringkas di lamanTwitter menjelaskan, perintah reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Klang itu adalah bagi membantu siasatan kes tersebut.

Mengimbas kembali, kes tersebut dilaporkan sekitar 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang dan kedua-dua mangsa berkenaan dilapor telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

Maklum Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa.

Difahamkan, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut, dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'