Siakap Keli

(Video) Macam Tak Kuasa Nak Melayan, Aksi Kucing Buat Muka & ‘Jeling’ Pada Bayi Buat Netizen Terhibur

Tak dinafikan lagi, kucing sememangnya menjadi haiwan peliharaan dan peneman yang setia bersama manusia.

Dengan telatahnya yang sentiasa nakal dan comel, ia boleh menjadi pengubat duka dan menghilangkan segala tekanan.

Tetapi, keadaan terkadang mungkin akan berbeza apabila wujudnya ‘orang baru’ di dalam rumah.

Seperti video yang tular ini, seekor kucing dilihat sangat ‘tidak menyukai’ bayi kepada pemiliknya dengan menunjukkan ekspresi wajah yang menjengkelkan.

Ia juga dilihat tidak mengendahkan kehadiran bayi itu dan hanya duduk dengan jelingan yang tajam.

@dailymail

Omg that FACE 🤣 Credit: ViralHog #cat #cats #omg #TheChallengeAllStars #viral #myweirdcat #myweirdpet #trynottolaugh

♬ original sound – Daily Mail

Video itu yang sehingga kini mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan itu telah membuatkan netizen terhibur dan ada di antara mereka yang mencipta dialog yang sesuai yang difikirkan dengan ekpresi wajah kucing itu.

Sumber: TikTok Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story