Siakap Keli

(Video) Pengorbanan Seorang ‘Along’, Dukung Adik Redah Hujan Balik Dari Sekolah Sentuh Hati Netizen

Kebiasaannya, bergelar anak sulung dalam keluarga perlu memikul tangungjawab yang lebih berat. Anak yang diharapkan oleh ibu bapa untuk menjadi pelindung kepada adik-adik di kala susah dan senang.

Seperti perkongsian video oleh Puan Hidayu Sherzada mengenai pengorbanan anak sulungnya yang digelar sebagai ‘along’. Biarpun hanya sebuah video pendek, tetapi telah meraih ratusan ribu tontonan oleh warganet yang tersentuh.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Along gigih mengendong si adik dari sekolah untuk pulang ke rumah di dalam hujan yang lebat. Dia memakaikan adik baju hujan dan mendakapnya sambil berlari, walau dia sendiri basah kuyup dan kesejukan.

Terima kasih Along..

@hidayu_sherzada1

tq Along… pengorbanan yg besar 2021 ibu rasa…selain ko suka sakat adik hari2 nangis…hahahaha #foryou #fyp

♬ original sound – HIDAYU SHERZADA – HIDAYU SHERZADA

Rata-rata warganet yang terdiri daripada ‘anak sulung’ turut membanjiri ruangan komen dan mengatakan bahawa mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk adik-adik.

Sifat anak sulung dari kecil dikatakan sudah terdidik untuk menjadi pelindung kepada keluarga dan berkorban tanpa meminta balasan.

Nak nangis tengok video ni, sebab saya nak sulung untuk adik-adik apa pun boleh..

 

Macam abang saya suka sakat, tapi bila saya susah dia orang pertama yang tolong

Nanti bila dah besar akan rapat, sampai bila-bila ingat detik ni

Sumber: TikTok

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.