Siakap Keli

(Video) Rindu Mak Di Kampung, Suami Menangis Isteri Masak Gulai ‘Ayam Ganu’ Sama Macam Masakan Mak

Pejam celik, kini sudah memasuki bulan keempat kelonggaran rentas negeri ditarik semula demi membendung wabak Covid-19. Impian untuk pulang beraya di kampung halaman pada tahun ini nampaknya juga kian samar dengan peningkatan kes saban hari.

Kerinduan anak perantau terutamanya pada keluarga yang jauh di mata seakan tak dapat dibendung lagi. Biarpun teknologi merapatkan hubungan, tetapi tidak sama dengan belaian tangan dan masakan ibu untuk si anak.

Seperti perkongsian video di Tiktok oleh seorang wanita mengenai rasa rindu suaminya pada air tangan ibu sehingga membuatkan ramai warganet tersentuh dan mengalirkan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik, wanita itu mencuba memasak hidangan gulai ayam Terengganu mengikut resipi mertuanya sebagai hidangan berbuka puasa mereka.

 

Setelah merasa hidangan tersebut, air mata suaminya tak dapat ditahan lagi dek kerana terlalu rindu pada ibunya yang telah lama tidak berjumpa akibat PKP. Memang sebak sungguh!

Kisah sedih Ramadan kedua..

@bumohsurprise

Kisah sedih ramadhan ke 2 🥲 #rindumak #anakrantau #fypppppp

♬ Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa sedih kerana melalui perasaan yang sama apabila tidak dapat pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.

Semoga wabak Covid-19 segera berakhir di negara ini dan kerajaan membenarkan semula rentas negeri setelah keadaan kembali pulih. Amin.

Rindu ni Allah je tahu, cemburu dengan orang yang salah guna kebenaran rentas negeri

Anak perantauan mesti banjir air mata..

Tak boleh balik sebab PKP, menangis dalam bilik rindu mak..

Sumber: TikTok bumohsurprise

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.