Siakap Keli
Gambar: CBS News

(Video) Seakan Mencari Sesuatu, Gelagat Pelik Kucing Masuk Padang Ketika Pemain Berhenti Rehat Untuk Berbuka Puasa

Entah dari mana datangnya, seekor kucing di Turki menarik perhatian orang ramai apabila muncul di kawasan padang bola ketika permainan sedang berlangsung.

Dalam video dikongsikan CBS News, kucing tersebut dikatakan memasuki padang itu ketika para pemain sedang berhenti berehat untuk berbuka puasa.

Ia kemudiannya berlari dan berhenti seketika dalam keadaan mencurigakan dengan posisi separa mencangkung sambil wajah seakan ‘berkerut’ memerhati sekeliling.

Bagaimanapun, si comel itu telah dikejar keluar dari padang bagi memberi laluan untuk para pemain meneruskan perlawanan bola.

Jom tonton gelagatnya di bawah.

Walau tidak dipastikan bagaimana kucing itu terlepas ke dalam padang dan tujuannya, namun rakaman ini telah menghiburkan ramai orang yang melihatnya.

 

Sumber: CBS News

Amira

Love yourself.