Siakap Keli
Gambar: MEERACLE

Apa Cerita Ni, Bos Buat Kerja Gila Habiskan Beratus Ribu Semata-mata Untuk Ejen?

Siapa sangka, walaupun baru je ‘bertatih’ dalam dunia bisnes hatta sekadar bergelar wakil jualan, namun pencapaian yang berjaya dirangkul dalam tempoh yang agak singkat haruslah diakui dan diiktiraf.

Jatuh bangun sesebuah syarikat bergantung kepada pengurusan dan tenaga kerjanya. Pekerja merupakan aset penting bagi setiap syarikat dan sebagai majikan yang baik, menghargai pekerja adalah cara memotivasikan mereka untuk lebih bagus maju ke depan.

Lain majikan, lain cara mereka menghargai pekerja. Bagi syarikat ini, hadiah kereta mewah diberikan buat pekerja yang cemerlang.

Itulah ‘nikmat’ paling berharga yang dirasai oleh tiga finalis ejen produk kecantikan tempatan yang tak asing lagi, iaitu MEERACLE di mana kegigihan mereka selama ini akhirnya berakhir dengan kejayaan.

Sudah lumrah setiap kejayaan itu harus dirai, maka ketiga-tiga finalis wakil jualan MEERACLE ini berpeluang menikmati ‘pulangan’ paling lumayan berupa hadiah kereta mewah jenis Volkswagen Polo, Vento dan Tiguan yang dah tentu mencecah ratusan ribu keseluruhannya.

Gambar: MEERACLE

Apa rahsia mereka?

Setiap sejarah yang terlakar pasti ada cerita di sebaliknya. Oleh itu, MEERACLE juga ada kisahnya yang tersendiri bagaimana produk kecantikan ini mampu melahirkan ejen-ejen yang ‘berkualiti tinggi’.

Kalau korang nak tahu, MEERACLE buat julung kalinya menganjurkan kempen khas ‘The Rising Star of MEERACLE’ kepada semua ejen jualannya, bermula Ogos 2020 hingga Mac baru-baru ini.

Selama tempoh tujuh bulan inilah, kesemua ejen MEERACLE ‘berentap’ di gelanggang jualan untuk menampilkan ‘taji’ masing-masing…siapa lagi tajam, siapa lagi hebat.

Gambar: MEERACLE

Hari berganti hari, minggu berganti minggu sehinggalah penghujung tempoh kempen, kesemua ‘wira-wira’ MEERACLE berjaya membuktikan semangat mereka. Adatlah dalam bersaing, ada yang menang, ada yang ‘pulang’.

Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna berkata, daripada keseluruhan mereka, hanya enam sahaja finalis yang berjaya menapak hingga ke tangga terakhir bagi level masing-masing.

“Enam finalis dalam setiap level ejen menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tujuh bulan kempen ini dijalankan, tetapi hanya seorang sahaja yang dinobatkan sebagai pemenang bagi level Diamond, Ruby dan Pearl.

“Ada di antara mereka yang masih lagi baru sertai ejen MEERACLE tapi menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Hanya dalam beberapa bulan sahaja, jualan mereka meningkat naik mendadak,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jom kita kenali satu-persatu wajah ‘heroin-heroin’ MEERACLE yang berjaya menapak hingga ke puncak dalam The Rising Star of MEERACLE ini. Bagi  kategori Pearl, kemenangan jatuh kepada Nor Fazidar Sabat yang layak memenangi hadiah kereta mewah berjenama Volkswagen Polo.

Bagi kategori Ruby pula, kemenangan jatuh kepada Nurul Hidayah Samsuddin yang layak memenangi Volkswagen Vento, manakala pemenang bagi kategori Diamond pula jatuh kepada Zaida Jamain yang layak memenangi Volkswagen Tiguan.

Gambar: MEERACLE
Gambar: MEERACLE
Gambar: MEERACLE

Syarikat tak lokek, kongsi rezeki untuk semua

Jelas Bella, kempen dan hadiah serba mewah yang diberikan syarikat pada kali ini tak lain tak bukan, hanyalah semata-mata sebagai tanda ‘terima kasih’ dan pemangkin semangat kepada mereka untuk terus komited menjadi ‘duta’ produk.

“MEERACLE sangat menghargai wakil-wakil jualan di seluruh negeri. Setiap tahun kami akan memberi hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka membantu menaikkan jenama produk ini. Bagi kami, sokongan antara satu sama lain merupakan faktor jenama ini terus berkembang.

“Kami akan terus memberi sokongan kepada semua ejen dan ini juga merupakan bukti bahawa MEERACLE sentiasa ada bersama anda,” tambahnya lagi.

Gambar: MEERACLE

Korang jangan terkejut kalau dikatakan, antara watak penting yang menjadi tulang belakang dalam perjalanan MEERACLE di pentas bisnes ini adalah daripada kaum ibu-ibu.

Atas langkah ke depan ini, Bella menaruh harapan tinggi bahawa MEERACLE akan terus sukses pada tahun ini, seiring juga dengan pelancaran produk serum dan cleanser terbaharunya iaitu MEERACLE Gemstone Facial Serum dan Cleanser Advance Formula yang baru saja dilancarkan pada 4 April baru-baru ini.

Imbas kembali, MEERACLE mula diperkenalkan pada 2015 lalu dengan produk sulungnya, Gemstone Facial Serum. Menariknya, serum inilah yang menjadi pencetus anjakan paradigma bagi ejen-ejen MEERACLE satu ketika dulu apabila ia menjadi produk paling ‘hero’ dan ‘wanted’ ketika itu.

Gambar: MEERACLE
Gambar: MEERACLE

Selepas hampir tujuh tahun berlalu, MEERACLE kini terbukti menjadi idaman para wanita yang teringin nak menyelesaikan masalah kulit mereka, di samping turut membantu ‘menebalkan’ duit poket mereka sebagai lubuk pendapatan lumayan melalui jualan di seluruh negara dan Asia Tenggara.

Tak perlu cerita banyak, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang MEERACLE, bolehlah layari www.meeracle.com.my atau boleh terus hubungi wakil jualan untuk dapatkan produk sekarang.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'