Siakap Keli

(Video) Mudanya Nak Buat, Ini Resepi Biskut Kelapa Cina Yang Jadi Kegemaran Ramai

Setiap juadah yang disediakan pasti ada ‘memorinya’ tersendiri hingga membuatkan kita mengimbau zaman kecil kita dahulu. Tak kiralah lauk ke kuih ataupun biskut raya.

Tetapi bukan mudah untuk mencari resepi lauk-pauk atau kuih tradisional kerana tak ramai yang mempelajarinya. Kebanyakkan kita lebih memilih untuk beli sahaja sebab lebih mudah dan tak perlu berpeluh di dapur.

Korang tahu tak ada pelbagai jenis kuih atau biskut raya yang mudah tanpa berpeluh-peluh di dapur?

Dapurazaman berkongsi resepi membuat biskut kelapa cina yang ringkas dan mudah disediakan. Dijamin memenuhi citarasa anda dan menjimatkan kos.

RESEPI BISKUT KELAPA CINA

400 gram roti kering
1 biji kelapa yang telah diparut
1 1/2 cup gula kastor
Sedikit garam
*Kalau susah nak cari roti kering, boleh gantikan dengan roti tawar yang panjang kemudian bakar terlebih dahulu selama 10 minit suhu 180 hingga roti kering.
@dapurazman

Resepi biskut kelapa cina #tiktokchef #xyzbca #dapurazman

♬ original sound – dapurazman – dapurazman

Sumber: dapurazman

Atiqah Aliah