Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Boleh Bayar ‘Online’, Ini Senarai Pautan Untuk Bayar Zakat Fitrah Bagi 14 Buah Negeri

Zakat merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

Berikut adalah waktu membayar zakat fitrah menurut Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Dengan adanya teknologi sekarang ini, hampir semuanya boleh diselesaikan di hujung jari, termasuklah dengan membayar zakat.

Melalui kemudahan pembayaran zakat atas talian, anda boleh melangsaikan tuntutan ini pada bila-bila masa, tiada lagi alasan tak sempat berjumpa amil untuk membayar zakat.

Berikut adalah capaian untuk anda membayar zakat mengikut negeri,

Perlis
https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php

Pulau Pinang
https://zakatpenang2u.com/Home/Landing?ReturnUrl=%2F

Kedah
https://jom.zakatkedah.com.my/

Perak
https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/

Selangor
https://fpx.zakatselangor.com.my/

Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
www.maiwp.gov.my
http://fitrah.zakat.com.my/

Melaka
https://ebayar.melaka.gov.my/

Johor
https://epayment.maij.gov.my/

Pahang
https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
aplikasi PahangGo

Terengganu
https://ezakat.maidam.gov.my/online/

Kelantan
www.e-maik.my

Sarawak
https://pelanggan.tbs.org.my

Sabah
https://appszakat.sabah.gov.my/index.php

Negeri Sembilan
www.zakatns2u.biz/fitrah

Anda juga boleh merujuk kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia melalui pautan di bawah:

Sumber: Malaysia Government Call Centre, PPZ

Amira

Love yourself.