Siakap Keli
Gambar: kwongwah.com.my

Demi Nak Selamatkan Isteri, Suami Sanggup Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Petang Tadi

Seorang wanita nyaris lemas setelah bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian yang berlaku pada petang tadi.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 46 tahun itu terselamat apabila suaminya yang turut berada di lokasi kejadian segera terjun bagi menyelamatkannya.

Memetik sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan kira-kira jam 4.40 petang.

Setibanya di lokasi, mangsa telah diselamatkan oleh suaminya dan dibawa ke tiang jambatan nombor 107 sebelum diberikan bantuan oleh anggota bomba yang turun ke bawah dengan menggunakan kaedah ‘rappelling’.

Mangsa yang selamat kemudiannya dibawa naik melalui Pangkalan Polis Marin, Batu Uban dan diserahkan kepada pihak polis dalam operasi yang berakhir pada jam 65.18 petang.

Sumber: kwongwah.com.my

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.