Siakap Keli

Dugaan Ramadan, Pondok Fauzi Di Sungai Yan Musnah Terbakar, 90 Peratus Habis ‘Dijilat’ Api

Insiden kebakaran di Pondok Fauzi, Sungai Yan, Kedah berlaku semasa para penghuni sedang menunaikan solat Terawih itu telah memusnahkan hampir 90 peratus bangunan yang terlibat.

Menerusi kiriman daripada Adun Pas Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit berkata kejadian ini berlaku sekitar jam 9 malam. Bagaimanapun, api marak dapat dikawal sepenuhnya oleh pasukan Bomba Yan dan Guar Chempedak pada pukul 10.10 malam.

Kebakaran tersebut turut melibatkan 5 buah rumah 2 tingkat para penghuni, bangunan kelas B. Bagaimanapun, menurut laporan tiada kemalangan jiwa dilaporkan melainkan seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana terkejut.

Semoga semua penghuni pondok tidak lemah semangat dengan ujian ini. Ujian tanda Allah sayang. InsyaAllah kita sama-sama doakan yang terbaik.

 

Sumber: Penduduk Guar Chempedak, Ustaz Sabri Azit

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang