Siakap Keli

Ingatkan Cancing Besar, Lelaki Terkejut Besar Rupanya Ada Ular Dalam Plastik Salad

SYDNEY: Alex White menyangka haiwan yang bergerak di dalam bungkusan salad yang dibelinya adalah seekor cacing besar.  Dia menyedari ianya bukan cacing apabila ia menjelirkan lidahnya.

“Saya agak panik ketika melihat lidah kecil ini keluar dari mulutnya. Ketika itulah saya sedari ianya ular bukannya cacing kerana cacing tidak mempunyai lidah,” kata White.

White dan pasangannya melihat kesan koyakkan pada bungkusan salad itu.

Ular itu bergerak dan melarikan diri. Namun dengan pantasnya mereka mengangkap dan memasukkan ular itu bersama salad ke dalam bekas penyimpanan makanan plastik.

Mereka memanggil organisasi penyelamat hidupan liar Wires dan diberitahu ular itu antara spesies paling berbisa dan agresif di Australia.

Wires juga berkata nyawa mereka juga dalam bahaya.

“Sekiranya kamu digigit, kamu harus ke hospital dengan segera,” kata Wires kepada White.

Sumber: New Indian Express

Atiqah Aliah